Home » » Wajah Dan Nostalgia

Wajah Dan Nostalgia

EmpayarUtama - Thursday, August 11, 2011 : 10 comments

Entri ni aku buat sebab nak simpan kenangan berblog. Harap-harap tak kena simpan lagi yang ini.

Bila nampak banyak program bertukar wajah, teringat le kat blog lama aku. Bukan lama sangat pun aku ni berblogging tapi aku start rasanya bulan doblas 2008 kot. Kat tengah-tengah tu ada berenti setahun rasanya sebab blog kena simpan
dengan Pakcik Google. Jadi blom ada dua tahun la kiranya. Nak tengok camna blog aku dari memula dulu? Inipun mana yang aku sempat kopipes; ada juga guna template lain tapi lupa nak simpan.

Inilah blog aku yang pertama sekali. Betul-betul basic:


Yang ini pulak bila dapat satu template yang pada aku amat cantik (latar belakang hitam). Alamak teringat lak kat posting pasal segmen, entah ada silap tak aku tulis:


Ini nak bagitau yang blog aku dah kena simpan. Mungkin sebab aku letak penuh mukasurat blog tu dengan Amazon nyer iklan; sedeynya.....



Pastu dok diam-diam ajalah men guli...


Tup-tup tengah bulan sebelas tahun lepas aku sesaja je tekan empayarutama.blogspot.com; eh, dah bley amik balik sey blog aku. Terharunya. Aku rasa nak belanja Pakcik Google tu sate tapi tak tau nak kontek. Hehe.

Jadi aku mulakan balik dengan versi Melayu:


Ejas sana sikit sini sikit jadi cam ni:


Tapi sebab front page tu tak keluar comment link; dan follower kat sidebar asyik ilang je... Aku tukar terus ikut template yang blogger sediakan sampai la ari ni:


Ini cuma blog aja, kan? Kalau manusia cam kita ni... apa rasanya yea... Especially buat yang tersayang...

Hidup; kena simpan; diberi peluang kedua pula lepas tu... iskkkkk.

OK ke cam ni?






10 Comments

10 comments:

  1. Wooo...
    Nostalgia gile..
    Rindu blog lame tibe2.. =(
    Current blog tu da yg ke berape nta..

    ReplyDelete
  2. @Fea Sakura;
    dan semua;
    tiap-tiap entri aku - ada yang cuba aku sampaikan... dan untuk entri yang ini; fikirkanlah ayat perenggan terakhir tu...
    Aku tau tak semua pembaca blog akan baca hingga ke tulisan terakhir... tapi itulah cara aku... ~ EmpayarUtama

    ReplyDelete
  3. x faham la.. nape pakcik google tu simpan blog ni dulu?

    ReplyDelete
  4. @Cik Gee;
    sebab penuh sangat ngan iklan Amazon (guna script/iframe) dan diiktiraf 'spam'...

    ReplyDelete
  5. Haha..^^
    tapaya na mendalam sgt la..
    (padahal terase gile)
    Ahaha!

    ReplyDelete
  6. @Fea;
    terima kasih kerana faham.
    They got that 2nd chance now (similar to what I've wrote); don't they? Ask them; are they gonna waste it?
    Aku diberi nyawa kedua waktu darjah 3; sekali lagi diberi nyawa sewaktu tingkatan 2. Terima kasih Allah kerana bagi aku dua kali peluang kedua - bukan sekali.
    But they are given this opportunity in other terms...
    Tak semua orang diberi peluang kedua...

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH EMPAYAR UTAMA... artikel mu m'beri bnyk pngajarn melalui yg trsurat & trsirat... Peluang kedua m'buatkn kita lbih mnghrgai apa yg kita trlupa utk hargai sblmny... (^__^)...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. @Ratu Satin;
    sama-samalah kita semua belajar dr kesilapan lalu :)

    ReplyDelete
  10. sungguh bertuah sapa yg dapat peluang kedua nie...harap tak mengulangi apa2 kesilapan di peluang pertama...dapat peluang kedua, gunakanlah sebaik mungkin...renung2kan dan selamat beramal.

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~