Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Lagi Jiran Yang Prihatin

EmpayarUtama - Sunday, July 31, 2022 : 2 comments

Kadang kadang aku ada sikit rasa pelik tapi kena hadap juga kerana kita hidup berjiran. Cuma aku memang tak boleh nak imagine secara mendalam apa yang difikirkan oleh orang lain.

Lapan tahun dulu jiran aku pernah kena sound sebab park kereta dia belakang rumah sendiri atas alasan menghalang pemandangan jiran lain.
Adalah kawan-kawan bertanya kenapa tak park kereta dalam garaj rumah, boleh muat 2 kenderaan. Akupun kata sebab dah beberapa kali pagi terlewat hantar anak-anak ke sekolah, kerana kereta tak lepas keluar.



Pernah 2-3 kali orang rumah terpaksa panggil Grab sebab tak dapat nak keluarkan kenderaan dari garaj. Tengok gambar atas, dah tak parking dalam garaj pun masih dihalang oleh kenderaan jiran...

Bukan itu saja, tangki air yang aku letak belakang rumah pun jadi perhatian jiran. Ada makcik tu rajin datang dan pesan suruh terbalikkan takut nyamuk aedes membiak.

Aku terangkanlah yang tangki tu kosong dan aku tutup serapatnya. Lipas pun tak boleh masuk. Dia panggil pegawai kesihatan dan minta aku buka tangki tu untuk tengok isi dalamnya... KOSONG, KERING KONTANG. Aduhhhhh....


Itu belum masuk bab dia sound suruh tengok anak-anak bonsai aku, nanti nyamuk bertelur membiak, katanya.

Terkini, makcik yang sama talipon orang rumah, pesan jangan bawa kenderaan laju-laju belakang rumah.

Sebab pasir dan asap kenderaan masuk dalam rumah. Alamak ni dah tahap tak bagi lalu even belakang rumah dia...

Iyalah, dia buat penambahan hingga tutup longkang Majlis belakang rumah. Lepas tu letak bidai kerana ampaian berada di luar belakang rumahnya. Tak cukup dengan itu, tembok seberang jalan tu siap pasang ampai lain. Jalan belakang yang luas boleh berselisih dua buah lori - terus jadi sempit.

Pagi
Petang

Kerap juga dia suruh aku buat report pasal air kotor jiran rumah belakang yang melimpah ke jalanraya belakang rumah, tapi dia sendiri taknak buat report... Ish, ini terlebih prihatin atau jadi batu api? Apahal dalam ramai-ramai jiran, aku yang disuruh?

Aku cuma pesan kat orang rumah dan anak-anak, kita redha dan pekakkan telinga sajalah, payah nak puaskan hati semua orang.


Apa Itu Wayback Machine

EmpayarUtama - Tuesday, July 26, 2022 : No comments

Apa tu? Mesin kembali ke masa lalu ke? Bukan, bukaaaaannn. Ia adalah laman web yang boleh tunjukkan kita bagaimana bentuk sesuatu laman web dan entri sesuatu posting lama.

Sebenarnya, tak kisahlah sama ada entry/posting sebelumnya telah dipadam (delete), disimpan untuk khazanah/arkib, atau memang bertujuan untuk disorok dari bacaan umum; kita masih boleh baca entri tersebut
dengan guna Wayback Machine. Laman web yang sudah tidak wujud/ditutup juga boleh diakses melaluinya.

Macam mana nak guna Wayback Machine ni?

1. Buka laman webnya, pastu taip link/url yang nak kita lawati dalam kotak cariannya.

2. Pilih tahun yang nak dibuka, dan cari tarikh dalam mana-mana bulan yang bertanda bulat (biru) untuk lihat arkibnya.

3. Dah boleh baca entrinya.

Laman ini bertindak menyimpan data tanpa kebenaran. Boleh je kalau nak minta mereka buang terus dari pandangan umum. Kena kerja lebih sikitle.

E-mel kepada info@archive.org menerusi laman webnya dan mohon baik baik agar laman web kamu dipadam. Mereka akan minta beberapa maklumat sebagai bukti itu memang laman web kamu. Dalam tempoh sehari, mereka akan buang laman web kamu dari web archieve mereka.

Wayback Machine ini benar benar membantu aku bina semula blog ini selepas berterabur bulan Oktober lalu hingga kena Review Blog sendiri. Dapatlah kutip beberapa 'coding' menerusi 'View page source' walaupun tak dapat nak pulihkan sepenuhnya terutama bahagian paparan komen dan 'mobile view'.

Sampai sekarang, 2 part ni [paparan komen] dan ['mobile view'] belum berjaya aku selesaikan lagi...


Perkhidmatan Perbandingan Penerbangan Terbaik

EmpayarUtama - Sunday, July 10, 2022 : No comments

Program ini sangat berbeza. Ia memaparkan semua pilihan penerbangan dalam satu laman web dengan sangat mudah dan cepat. Sangat membantu rancangan perjalanan ke mana pun destinasi.

Pilih ke mana dan bila anda mahu pergi, dan dapatkan harga terbaik daripada ribuan laman sedia ada. Anda boleh semak di Skyscanner dan ia membantu mencari perjalanan yang bersesuaian dengan apa yang anda mahu, tanpa mengira gaya perjalanan atau bajet anda.


Untuk lebih fleksibel, taip saja ‘Mana-mana’ untuk lihat ke mana anda boleh pergi dengan harga yang menarik :

Tidak terhad kepada tempahan penerbangan, Skyscanner merangkumi pilihan hotel dan kereta sewa untuk perjalanan yang lebih sempurna.

Imej-imej yang disediakan pula dapat memberitahu dan menginspirasikan anda - anda mudah mendapat gambaran nyata suasana, masyarakat dan tempat untuk sesuatu destinasi.

Temui harga terbaik melalui jutaan penerbangan yang tersedia. Semuanya mudah. Tiada bayaran atau caj tersembunyi. Tiada urus niaga mencurigakan. Anda akan tahu dengan tepat ke mana wang anda disalurkan.

Pencarian, perbandingan dan tempahan kereta sewa juga mudah. Anda akan mendapat harga terbaik untuk setiap jenis kereta. Skyscanner juga membuat penarafan setiap tawaran terhadap dasar bahan api, lokasi pengambilan dan insurans supaya anda dapat membuat pilihan terbaik.

Dapatkan harga terbaik dan rancang perjalanan anda
yang sempurna dengan yakin.