Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kari Kambing 40 Hari

EmpayarUtama - Sunday, January 7, 2024 : No comments

Restoran Kari Kambing 40 Hari ni terletak di sebelah kiri lebuh raya utara-selatan kalau dari JB menuju ke KL. Boleh ambil exit Yong Peng untuk singgah.

Jangan lambat sangat sebab 3.30 petang dia dah tak berjualan walaupun masih ada yang tengah makan. Ini disebabkan restoran beroperasi setiap hari, tak ada hari cuti.

Aku fikir setakat entri ni ditulis, dah 3-4 kali kot kitorang singgah sama ada untuk makan atau bungkus bawa balik. Aku ada cerita sikit je masa lepas hantar daftar Alya di Melaka tengah bulan Oktober 2021.



Jangan keliru ya sebab makanan yang disediakan bukanlah Nasi Beriyani tapi Nasi Arab. Kuah kari kambingnya agak manis dan boleh dikatakan bukan kuah kari sebenarnya. Daun kari pun tak nampak. Tapi memang sedap ler.

Tak banyak gambar sebab niat nak makan; tengok slidelah ya :
  • Luas kawasan hadapannya tapi selalu penuh dengan kereta motor
  • Bahu jalan di seberang jalan pun lebar, boleh parking
  • Ada juga ruang untuk duduk bersila disediakan
  • Kitorang ambil meja, banyak lagi kosong
  • Nasi Arab Kari Kambing
  • Nasi Arab Ayam Kukus Kot, kuah kari kambing disediakan
  • Set dulang yang sesuai untuk 4 orang makan

Kalau nak makan ala-ala stail maulud nabi; boleh je ambil set dulang yang boleh dinikmati untuk 4 orang. Pelanggan memang ramai. Tiap kali aku datang memang beratur panjang tapi barisan bergerak pantas. Ok je tak lama pun beratur.


Kalau lalu jalan ni dan tengok jam masih sempat untuk makan; jom singgah cuba. Tak cuba tak tau, kan...


Sambutan Hari Kanak-kanak

EmpayarUtama - Sunday, December 17, 2023 : No comments

Dua minggu lepas (5 Disember 2023) sekolah kebangsaan anak buat majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Bertemakan Fauna jadi budak-budak tu boleh kata semua cari maskot haiwan.

Istilah 'Fauna' ini merujuk kepada binatang seperti mamalia, unggas, serangga dan ikan. Kira betullah tu.

Mama dan kakak-kakaknya sibuklah memujuk dua beradik ni pakai maskot katak yang tengah meletup kat tik tok. Si abang ok je, tak kisahpun tapi yang adiknya tu memang pemalu sangat. Dia nak topeng je.



Jadi kakaknya belilah online satu katak sementara aku kena masuk kelas Rekacipta semula untuk buat topeng adiknya.

Dia nak topeng rimau, aku buat dari kertas kotak tapi 3D; tambah belen barang-barang Rekacipta diorang yang masih ada. Cenggini ler hasilnya:


Rupanya maskot katak yang jenis ini macam baju hujan. Kena guna bateri dan ada suis untuk hidupkan kipas angin baru dia kembung. Mari kita teruskan dengan slide sajalah ya :


Tup-tup tengahari tu masa ambil diorang balik sekolah; si abangnya masih bermaskot ahahahahahah. Ada pertandingan rupanya, siap dapat hadiah nombor dua lagi. Tahniah ya tak sesia akaknya belikan.


Kalau nak tengok lebih banyak gambar waktu hari sambutan tu; boleh buka fesbuk sekolah.


Memadam Cookies di Chrome

EmpayarUtama - Thursday, November 30, 2023 : No comments

Hari ini tak mahu cerita apa itu cookies.

Cuma sadar (diberitahu) atau tidak, cookies mengikat dan mempengaruhi aktiviti kita melayari website - ada baik dan buruknya.

Antara kebaikan ialah kebenaran meneruskan laman web tertentu, loading cepat ke laman yang kita layari sebelumnya, serta log-in page dengan pantas.

Tapi keburukannya banyak. Antaranya maklumat dan data peribadi tidak dikawal, cookies pihak ketiga (third party cookies) atau agen yang mungkin curi/manipulasi identiti kita, komputer jadi perlahan kerana banyak cookies disimpan dan cookies yang mencurigakan (flagged/suspicious).

Cookies menyimpan data dan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran. Terkadang bila anda masuk ke satu laman web untuk isi maklumat peribadi, belum taip lagi maklumat dah keluar. Itu belum lagi cookies yang outdated di mana 'cached data' laman web yang dikemaskini berkonflik dengan cookies yang tersimpan.

Ok, jika nak padam/buang cookies, buang 'browsing' serta 'catched history' dulu lebih baik. Sebelum terlupa, ini untuk Google Chrome sebab aku guna Chrome:
      1. Pergi ke Menu Tab di kanan atas (Customize and control Google Chrome)

      2. Pergi/Hover mouse ke History dan tekan History yang keluar di sebelah kiri

      3. Akan keluar tab History. Tekan 'Clear Browsing Data'

      4. Pop Up 'Clear Browsing Data' muncul. Tukar Time range kepada 'All time' dan tick ketiga-tiga kotak. Tekan Butang Biru 'Clear data'.

      Nota: Biasanya kita akan berhenti setakat ini. Walaupun kotak kedua 'Cookies and other site data' telah ditick, cookies belum hilang sepenuhnya. Tak percaya, terus baca lagi.

      5. Muncul tab baru: 'Setting', pergi ke tajuk 'privacy and security', seterusnya tekan 'Cookies and other site data'.

      6. Akan keluar skrin baru dan skrol sediikit ke bawah hingga jumpa dan tekan 'See all cookies and site data'.

      7. Di sini kita akan nampak masih ada lagi beberapa laman web/ program yang menyimpan cookies dalam Chrome. Seterusnya tekan butang 'Remove All'

      8. Pop Up 'Clear site data' muncul. Tekan Butang Biru 'Clear All'

      9. Kita akan kembali ke skrin seperti Langkah 6 tadi tetapi sudah kosong.

      Boleh juga jika terus pergi ke 'Setting' (ada di dalam senarai Langkah 1. dan kita akan terus ke Langkah 5. Tapi ini hanya libatkan cookies tanpa buang 'browsing' serta 'catched history'. Kemungkinan akan keluar: 'Error 404' atau 'The page cannot be displayed because an internal server error has occurred' disebabkan konflik yang telah ditulis awal tadi.

      10. Sebagai tambahan, di senarai 'Setting' tadi jika masih nampak beberapa 'cookies and site data' yang belum hilang; boleh setkan satu fungsi lagi.

      11. Pergi ke 'Clear cookies and site data when you close all windows' dan tukar kepada mode 'on' (biru).

      12. Tutup Chrome dan buka balik. Lihat paparan di 'All coookies and site data' telah kosong

Dengan begini, cookies telah berjaya dipadam. Tiada masalah untuk ulang proses yang sama bila-bila masa.

Segala passwords yang disimpan, jika anda skrol sedikit ke atas dalam tab skrin 'Setting'; berada di bawah tajuk 'Autofill' dan tidak terusik.