Aku ada sentuh sikit pasal shoutbox busuk sebelum ni - takat bagitau yang program tu pun ada bagi shoutbox percuma, itu aja. Bagus juga bila ramai kengkawan guna cuma aku rasa aku yang rugi sebab tak dapat pomot link aku kat shoutbox yang ada kat belog kengkawan (hehe teruk betul aku ni kan). Sampai aku tak tau nak buat apa - terus je komen kat entri ❤MaYa MustWany❤ walaupun komen aku tu tak ada kena mengenapun dengan entri yang dia pos.
Iyalah, aku gunakan blogger sebagai platform untuk blogwalking dan ziarah belog kengkawan tapi takkan hanya disebabkan penggunaan shoutbox busuk; aku kena pergi ke page lain baru boleh jerit balik kat belog yang aku nak jerit... Eh sori, sori, ter-emo pulak. Aku takmo jadi Singa lagi hahahahahah.
Kat sini sempena Gong Xi Fa Chai aku mintak maaf yea kat kengkawan yang guna busuk shoutbox sebab aku datang baca belog korang cuma mana yang aku komen; aku komenlah. Mana yang aku tak komen, aku tetap baca entri korang cuma aku tak dapat nak bagitau yang aku ada singgah melalui chatbox tu...
Bukan apa; kesian kat kengkawan yang guna kotak jerit busuk kena pasang kotak jerit lain sebagai back-up sebab dah tau shoutbox busuk ni kadang-kadang meragam. Tak caya tengok Kak Pah DJ popular kita tu siap kena buat satu entri khas lagi pasal benda ni. Admin busukpun ada gak menempek bagi komen kat situ tapi takde perubahan punnnnnnnnn.......
Ish dah macam barang secondhand la pulak kejap-kejap rosak, kejap-kejap rosak. Inikan produk tempatan takkan tak ada yang menegur dan kaji sikit kat mana yang boleh diperbetulkan. Aku memang bodoh piang part benda-benda camni tapi aku cuba juga satu persatu... Ini antara kengkawan yang pasang shoutbox busuk:
Memula aku cuba refresh; hamboi makkk hanya disebabkan shoutbox tu - pageloadnya "cepat" betul:
Pastu aku cuba yang ini pulak (login fesbuk) sebab kan ada logo fesbuk kat kotak jerit tu:
Macam ok dah nampak link tapi akunyer Empayarutama bukan Empayar je. Empayar tu cerita gengster Melayu Singapura aku rasa was-was. Aku cuba jugalah jerit keluar cantik je cam ni ha:
Bila aku cuba tekan link Empayar tu, hallllleemmmmmaaaaakkkkkkk:
Aku lupa daaaa fesbuk aku ada dua link belog - satu belog yang korang tengah baca ni satu lagi belog aku belajar omputeh. Tak pe, aku cuba yang last ada kat kotak jerit tu:
Ooooo rupanya kena pergi homepage dia laaaa. Pastu tekan pulak butang oren SHOUT! baru keluar yang macam kat FIBOX...
Jadi aku pergi le balik kat belog Remyhazza dan belog ❤MaYa MustWany❤ dan refresh lagi dua-dua belog tu:
Baru jadik. Tapi takkan tiap kali aku nak berblogwalking; aku kena pergi homepage shout busuk dulu? Chatbox lain tak yah pun... Aku ada hantar entri ni ke admin busuk sebab kat page dia ada tulis : "Untuk sebarang cadangan/komen, hantarkan email ke busuk.org[at]gmail.com" nak tau juga camana diorang setel problem nih. Dah oke nanti aku gunalah kotak jerit ni yea ^_^