Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Statistik Mengarut

EmpayarUtama - Thursday, January 20, 2022 : 12 comments

Semakin hari teknologi semakin maju. Dengan perkembangan teknologi, cara hidup kita pun akan lebih mudah - sepatutnya.

Jika kita belum mampu atau belum boleh lagi capai teknologi tersebut, memadailah kita padankan dengan apa yang sedia ada. Jangan sampai ketinggalan sudahlah.

Inilah yang aku nampak dalam satu sudut kecil (banyak lagi sebenarnya) sepanjang menguruskan anak-anak sekolah sepanjang 17 tahun. Dan masih berbaki 11 tahun jika dipanjangkan umur, melihat putera bongsu memikul beg sekolahnya yang berat.
Bukan tak pernah bersuara di mesyuarat PIBG, tetapi bila cadangan ini katanya bukan untuk peringkat sekolah, aku diamkan saja. Aku fikir itulah saluran yang betul, pandangan yang jika perlu dipanjangkan ke PPD, seterusnya ke peringkat negeri, persekutuan, dan seterusnya boleh dibentang dan bahas di parlimen. Tapi suara kecil ini nampaknya hanya layak dilontar dalam blog saja.

Hari ni paling ringan, guna timbang badan dan timbang masakan,
sama je 4 kilo...

Setiap hari kita disajikan secara tidak langsung dengan kemudahan rak sekolah di kaca tv menerusi cerita luar negara, dan itu sebenarnya boleh jadi panduan bagaimana kita boleh perbaiki kelemahan sistem kita.

Sumber : STATISTIK BILANGAN SEKOLAH, MURID & GURU. Katalah tiada perubahan hingga kini, bermaksud kekal 10,220 sekolah.

Macam yang aku tulis awal-awal tadi, jika kita masih belum mampu nak beri kemudahan komputer menerusi pembelajaran tanpa buku untuk setiap pelajar di sekolah; boleh saja sediakan rak buku di setiap kelas untuk setiap seorang.

Jika ada kemudahan tu, murid hanya perlu bawa balik ke rumah buku untuk rujukan dan kerja rumah sahaja. Selebihnya mungkin buku kerja untuk 2 hari berikutnya. Ini, dengan beg sekolah lain, beg lukisan lain. Apa lagi yang berebut naik bas sekolah, mau koyak beg...


Kerajaan boleh buat peruntukan. Selaraskan semua sekolah, jadi tak perlu sewa.

Jika purata tiap sekolah ada 30 bilik darjah; jumlahnya menjadi 306,600 bilik darjah. Anggaran setiap kelas punyai 20 meja untuk pelajar, dan semua sekolah jalankan satu (1) sesi; maka kita perlukan 6,132,000 rak yang sama saiz. Ini mewakili jumlah pelajar. Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia tunjuk tak sampai 5 juta pelajar.

Setiap kelas hanya perlu maksima 60 rak kecil ini (jika diambil kira ada sekolah jalankan 2 sesi persekolahan), sebaiknya rak besi. Boleh diletak di bahagian belakang bilik darjah. Jika kerajaan lantik satu kilang saja untuk jalankan projek ini - hanya sekali sahaja tak perlu tukar lagi dah rak tersebut.

Ini kan masalah global sekolah yang ada, bukan di sekolah anak saya saja...


VE KHAS 2022

EmpayarUtama - Tuesday, January 11, 2022 : 4 comments

Dalam dok terkial-kial godeh sana godeh sini kat sistem payrol untuk buat closing ujung tahun, ingat-ingat lupa cara buat setahun sekali ni rasanya memang aku lupa teruslah.

Haishhhh agaknya sebab dok fikir sangat mana yang nak didahulukan; tak pun aku memang dah tua sebab tu jadi pelupa huhuhu.

Iyalah dengan stoknya, closing-opening akaun ejasment; tetiba banyak pulak susutnilai aset nak kena buat akibat kesan PKP isshhhh pening pakcik.

Biasa 'smooth' je aku susun kerja. Selesaikan 'closing payrol' dulu sebab senang nak print Borang EA diorang, lagipun semua ni pun nak kena hantar satu salinan ke audit juga nanti.


Tengah dok kelam kabut cenggini, nampak pulak Borang KWSP 17A alammmakkkk lupa nak bagi budak budak yang setuju tambah balik caruman kepada 11% tu isi dan tandatangan.

Haaa terlanjur pegang borang ni, kepada pembaca di luar sana yang juga buat job sama berkaitan KWSP - borang ni dah boleh dimuat turun (download) dari tiga minggu lepas lagi.

Mungkin sebab buat-buat sibuk konon bantu mangsa banjur, sampai terlupa aku nak kongsi yang ini.

Untuk 6 bulan pertama tahun ini bermula 1 Januari 2022, KWSP masih beri pilihan kepada ahli sama ada untuk kekalkan kadar caruman berkanun sedia ada 9% tu atau tambah lagi menjadi 11%.


Ini pula link/ pautan panduan pengguna yang perlu di isi melalui i-Majikan. Tiada lagi penghantaran borang fizikal ke pejabat KWSP untuk pegawainya buatkan untuk kita. Sekarang kena buat sendiri ya : Panduan Pengguna VE KHAS 2022.

Jadi kalau tak berapa familiar dengan sistem i-Majikan; tetap kena buat juga ya. Dalam tu ada diberi 3 pilihan atau cara bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang tersebut, macam gambar atas ni.

Kepada yang bekerja sendiri, suri rumah, peniaga pasar, pasar malam, online bisnes, buat affiliate business; atau yang beri maksud memang tiada pendapatan tetap bulanan, disarankan buatlah i-saraan secara sukarela untuk melakukan caruman KWSP.

Setidaknya ada simpanan tunai pada umur 50/ 60 tahun nanti. Kerajaan pun akan bantu menyumbang 15% (kalau majikan hanya 12%-13% je) tambahan atau caruman maksimum KWSP sejumlah RM250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri. Ada kemudahan lain lagi seperti khairat kematian RM2,500 untuk urusan pengebumian.

Dah dulu. Nak sambung kerja. K Bai...


Semoga Segalanya Dipermudahkan

EmpayarUtama - Saturday, January 1, 2022 : 5 comments

Sempena 1.1.2022 EmpayarUtama mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi membaca cerita-cerita di sini.

Aku berharap blog ini akan masih ada untuk berkongsi kritikan peribadi selagi mampu menulis dan bercerita.

Buat rakan-rakan maya yang masih rajin berblog; sama-samalah kita harap agar dunia blog ini tetap wujud walau saingan sosial media lain tak terkejar oleh kita.


Aku juga harap kehadiran tahun 2022 membuka lembaran baru yang lebih baik buat semua yang sebelum ini berada di dalam kesamaran.

Jika ada yang terasa, tersinggung dengan tulisan dan cerita-cerita aku sebelum, sedang dan akan datang nanti; aku mohon maaf awal-awal.

Kadang kadang kita kena anggap dan terima kritikan sebagai motivasi bukan untuk menjatuhkan atau kondem sesuatu perkara itu; walaupun ada yang tepat, ada yang sipi sipi. Kena bersikap terbukalah, kan.

Sokongan dan kehadiran rakan-rakan maya ke blog ini amat aku hargai.

Dan aku sangat teruja kerana dalam tempoh 3 bulan terakhir ini, blog ni naik ke tahap yang amat mengejutkan aku.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang bersama-sama menceriakan blog ini. Nanti senang, selagi mampu aku akan bercerita banyak lagi.

Dah dulu. K Bai...


Kira Stok

EmpayarUtama - Friday, December 24, 2021 : 8 comments

Dua tempat aku bekerja buat closing tahunan setiap 30 November, manakala 3 tempat lagi ialah setiap 31 Disember.

Ujung-ujung bulan ni sampailah ujung bulan depan aku akan nampak macam terlebih sibuk.

Itu pun dah bagi masa dekat sebulan untuk stor buat semakan sebelum matchkan dengan repot yang ada. Lain tempat kerja, lain kerenahnya.

Benda nampak remeh - kira stok - buat repot - beri figure - matching - key in dalam sistem. Siap dah sebahagian dari laporan akaun untuk diaudit, kan...
Tapi sebenarnya bahagian aku yang rumit. Bila dapat figure; kena asingkan ikut tarikh sebab memang ada perubahan harga dari pembekal sepanjang tahun. Pastu baru boleh compile jadi satu figure sebelum masukkan dalam laporan bulanan.

Tu belum kira tetiba boss buat produk baru tengah tahun.

Kena stok kertas; lagilah... Macam macam saiz macam macam berat macam macam harga para pembekal jual. Yang dah bertukar warna tapi belum pakai, nak kena bagi kadar susutnilainya pulak.

Bila selesai je bahagian tu, masuk pula part penyediaan EA Form pekerja. Nasib baiklah sekarang ni dah ada sistem yang mudahkan kerja penyediaan gaji/payroll. Tapi iyalah. Benda ni buat setahun sekali.

Tak sama dengan yang kena buat tiap hujung bulan tu.

Bila sampai masa, lupa caranya camana nak buat closing, back up tahunan, dan nak cipta folder baru untuk tahun akan datang.

Aku pesan kat staf yang buat tu; kalau tak pasti JANGAN KONGSI - call mereka untuk assist/guidance. Kita dah bayar mereka yuran tahunan untuk assist & maintenance; mereka kena bantu.

Jadi, kalau aku tetiba sunyi terutama ujung dan awal tahun (sesuai sangat dengan tagline "Cerita Yang Jarang Jarang Terkini"), maknanya aku tengah pening heeeeeeeeee...


Segment Bloglist 2022 Mamapipie

EmpayarUtama - Monday, December 20, 2021 : 5 comments

Segmen ni ada di blog mamapp pada 8 Disember 2021. Aku dah buat, camana boleh terlupa nak pos cerita ni. Banyak na mikio agaknya.

Nak ulas sikit je bab pakwe mamapp tu - sebenarnya dia jeles kat Innity mamapp bukan sebab GA. Perghhh dah macam slot Akasia kat tv ahahahahahah.

Bagus juga tau bila kadang kadang kita buat atau masuk mana mana segmen yang rakan-rakan
blogger buat. Selain tambah rakan maya baru, ianya pun boleh naikkan rating blog sendiri.

Aku tau tang blog ajalah sebab yang lain (Insta, utiub, pesbuk, twitter) aku tak ada. Kalau tetiba ada tu mesti kerja anak bujang aku.

Nak join, baca 5 syarat kat bawah. Aku tambah jadi 6 sebab itu penting juga. Syarat ketiga tu aku kena ejas slow slow sebab ambik masa juga nak betulkan balik blog ni. Aku tak reti sangat main coding html ni. Jadi buat masa ni aku tolong promotkan segmen mamapp sajalah ya.

Syarat penyertaan dia mudah aje :

1. Terbuka lepada semua blogger yang ada blog.
2. Buat blog post bertajuk "Segment Bloglist 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post mamapp.
3. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
4. Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun) || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
5. Tinggalkan link pernyertaan korang di post mamapp yang ini..
6. Tarikh segment sehingga 31 Disember 2021. Masih sempat lagi tuuu...


Jom...


Klook.com