Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Perjalanan Kita Masih Jauh...

EmpayarUtama - Saturday, February 2, 2013 : 32 comments

Alamak segan betul aku bila Remy tegur siang tadi.

Aku bagi sokongan dengan melekatkan entri ni hingga 28 Februari 2013 sampai pukul doblas tengahmalam. Tapi entri penuh ni hanya dibuka hingga malam Raya Cina. Lepas tu aku akan tinggalkan banner kat atas entri seterusnya dan
sesiapa berminat nak baca bolehlah tekan banner tu nanti yea :)
Abang Remy ni kan memulakan dunia bloggingnya pada Sabtu, 29 Januari 2011 dan tak pernah join mana-mana GA, segmen maupun sebarang contestpun untuk sembilan bulan pertama dia berblog. Seingat aku dua kali je dia tukar template dan header belog dia. Dulu ijau sekarang itam.

Sembilan bulan lepas tu, haaaa pada 8 Oktober 2011 segmen pertama yang dia join - Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca anjuran Hasrul Hassan. Dalam bulan yang sama juga Remy menghargai sokongan pembaca dan pengikut beliau dengan membuat segmen pertama - 100 FOLLOWERS CELEBRATION !!!!!. Aku tak ikut yang ini sebab tajuknya yang aku faham hanya untuk 100 followers pertama dia sahaja :( Ahhhhh lupakan hahahahahahah

Untuk sembilan bulan kedua pula (erkkkk macam pompuan ngandung eh iya ke?), Remy belum begitu aktif bersegmen, berGA maupun masuk contest – hanya 16 je dan dalam tempoh itu juga Remy sendiri buat 2 segmen untuk tambah pembaca dan followers blog beliau. Masa tu kan, agaknya sibuk sangat dengan 'sampling'; sebab tu dalam bulan April 2012 dia langsung tak sempat join mana-mana segmen.

Dan hanya selepas bulan Julai 2012 barulah nampak Remy serius menambah siri-siri entri beliau selain dari sampling, jalan-jalan cari makan, review wayang, Wordless Wednesday selain entri-entri santai sebab dari bulan Julai 2012 hingga hari ini, tidak kurang dari 55 segmen dia masuk. Akupun tak dapat nak kejar tuuuuu.....

Tapikan, selain berjaya kalahkan aku dalam menambah bilangan pembaca dan followers; hadiah pun banyak jugak dia dapat. Aku suka dua hadiah yang dia terima masa bulan Oktober 2012:
(Tekan gambar kalau nak baca ceritanya)
Ish, dah merapu la pulak aku nih. Sebelum inipun sebenarnya aku ada buat review pasal segmen Remy kat sini; kat sini; dan yang last tu kat sini. Sampaikan yang last tu baguznet pun bagi reminder kat aku pasal pesanan Remy hehehe. Aku sibuk tul masa tu.

Camanapun Remy ni masih boleh recall address aku. Hasilnya:
.
Kalau nak tengok, marile ke belog Remy atau tekan je gambar bawah ni:
Apapun, terima kasih yea Remy sebab rajin ingatkan kami kengkawan dan bakal kengkawan dengan anjurkan siri-siri GA.

Perjalanan kita masih jauh...

Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan 2

EmpayarUtama - Sunday, January 20, 2013 : 27 comments

Ini sambungan cerita siang tadi.

Hidup kita ni kan, penuh dengan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak zaman berzaman. Segala petua dan pantang larang yang diperturun mungkin ada alasan atau logik yang tersendiri.

Waktu aku terjebak dengan kerja-kerja macam yang aku cerita siang tadi tu
kandungan orang rumah sudah melepasi enam bulan. Buat bakal ibu/bapa; antara pantang larang dalam masyarakat Melayu jika kerja-kerja tu bukan bidang kita - cuba elakkan ya. Antaranya:

1. Menampal - tak kiralah tampal seluar koyak ke, tampal zink berlubang ke, tampal road tax kereta ke hahahahahah

2. Memaku - tapi paku tu boleh letak dalam beg tangan Cikgu Jaja yea hehe

3. Sapu sampah tak buang habis - sorok bawah tikar, bawah karpet, atau longgok kat penjuru rumah. Sapu je lah terus sampai bersih rumah tu, mendeeeeeeelah...

3. Tetiba rajinlah pulak nak menyimpul langsir atau tirai kat rumah. Nak bagi nampak cantik konon. Pastu biar cenggitu sampai anak lahir.

4. Rajin nengok cerita seram/hantu sebab time-time camni makin banyak cerita kelakar seram Melayu. Bila masuk bab yang seram - rasa takut ataupun terkejut.

5. Banyak lagilah. Nanti aku tanya mak selebihnya.

Hasilnya? Sebelum Krismas tahun lepas orang rumah kena tahan kat wad sebab kedudukan bayi songsang. Waktu itu kandungan berusia 38 minggu. Maklum balas dari doktor - jika kandungan tak boleh diperbetul ke kedudukan normal - kena buat operation masa tu juga. Seriau tul aku. Budak dalam perut lagilah saspen. Terus dia betulkan sendiri position dia dan diorang dapat balik rumah. Fuh legaaaaaa.... :)
Ini vacuum cleaner
kat rumah

Dan kali ini adalah pengalaman kedua aku dapat menemani orang rumah di bilik bersalin. Kesian kat isteri kerana pertama kali dia menahan sakit lebih 7 jam tapi bayi tetap tak boleh keluar. Akhirnya doktor gunakan vacuum dan syukur Alhamdulillah


Putera bungsu; hari ini dah 2 minggu ^_^


Jadi buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.


Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan

EmpayarUtama - Saturday, January 19, 2013 : 9 comments

Terima kasih buat semua yang masih sudi jengah dan baca. Terima kasih juga buat kengkawan yang beri peringatan untuk aku jaga kesihatan.

Eeeeeeee dah macam teks ucapan la pulokkk hahahahah. Dua tiga menjak ni memang aku kurang sikit menulis. Jadi kat bawah ni ada beberapa gambar yang dah separuh siap hasil
kerja tangan aku.


Kayu pelet rembat kat kilang
.
.

Guna konsep Do It Yourself sebab nek motor je balik Pontian hahahahah


Dapatle pasang 5 bijik untuk anak buah. Plywood dinding blom potong der...

Sebab bukan bidang aku; reban jadik serupa gerai makan

Banyak juga zink-zink baru yang diturunkan dari rumah induk masa ganti zink dulu. Jadi tambahle dapur 10'x60'. Semput seyyyyy....

Haaa, tu le antara kerja-kerja kontrak aku. Tapi itu cerita selingan aja. Yang seriusnya nanti aku sambung. Ceh seriusnya hahahahahah.

Apa-apa pun, sebelum tutup cerita - pesanan buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.