Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Simpanlah Sebagai Langkah Berjaga Jaga

EmpayarUtama - Wednesday, December 15, 2021 : 14 comments

Anak bujang aku dah kembali aktif berbadminton dengan kawan kawan dia. Boleh kata tiap malam atau setidaknya selang satu malam dia beriadah.

Di sebalik leteran biasa Mama dia, aku sendiri tiap kali dia nak keluar akan pesan - hati hati kalau boleh elakkan mengeteh; nanti jadi kebiasaan sampai dah berkeluarga. Malam tadi balik je rumah dia dah mula batuk.

Memang cuaca sekarang - panas dan hujan lebat tak tentu masa mungkin jadi punca. Nasib baik aku memang ada simpan beberapa kotak set Home Self Test RTK Kit untuk dia guna selain dari ubat batuk.

Bukan apa. Iyalah bila dah di luar tu, semua jenis manusia kita akan jumpa, terutama bila sembang sembang minum teh lepas bersukan. Aku cuak sebab kat rumah masih ada adik adik dia yang belum layak terima suntikan vaksin (bawah 12 tahun).
Stock sentiasa ada kat rumah.

Alhamdulillah negatif. Tapi aku memang standby beberapa kotak RTK Kit ni untuk kegunaan ahli keluarga. Sekarang harganya dah bawah sepuluh ringgit sekotak.

Jika belum ada tapi berminat nak cuba satu, boleh tengok sini :

Yang ini kita ada pilihan sama ada nak beli 1, 5, 10, 50 atau 100 kotak. Aku cadangkan sediakan banyak lebih baik sebab memang kita guna benda ni, terutama kalau dah berkeluarga :

Selain tu, aku pun pernah cerita pasal pelitup muka | facemask lepas pengumuman kelas bersemuka di sekolah. Ada lagi beberapa pilihan lain kalau minat tengok slider - sementara ini aku letak di sidebar. Lihat tajuk Self Test RTK, FaceMasks.

Kalau beli, simpanle resit. Kumpul hingga hujung tahun sebab ada pelepasan cukai hingga RM1,000 pada individu buat ujian Covid-19 - Ada kat berita hari ini. Maknanya, akan ada pelepasan cukai sehingga RM1,000 kepada individu yang melakukan ujian pengesanan Covid-19 termasuk ujian pengesanan kendiri untuk diri sendiri, pasangan atau anak. Hingga Tahun Taksiran 2022 sekali rasanya.

Kita berusahalah mencegah, daripada bila dah terkena;
'HARGA' itu tak sama tau dengan merawat.


Destinasi: Duit Atau Ilmu

EmpayarUtama - Tuesday, December 14, 2021 : 4 comments

Aku suka dan teruja bila baca perkongsian abang mrhanafi tentang 5 kerja lepasan SPM gerenti dapat. Memang betul lepasan SPM memang senang dapat kerja. Lepas ni jangan lupa singgah blog dia ya.

Kalau ada cuti panjang waktu tengah buat diploma ke, degree ke; pergile mintak apa apa kerja dan bagitau baru lepas repeat SPM; sap sap soi lah dapat.
Bab gaji tu, memang tak bolehlah buat perbandingan dengan budak lepasan ijazah. Yang ini kena tengok dari pelbagai sudut.

Pertamanya umur. Aku fikir jarak waktu lepasan SPM dengan lepasan U sekitar 5-6 tahun. Kalau lepasan SPM kerja hingga 6 tahun, masa tu gaji dia bawah sikit je kot dari budak lepasan U. Masa tu sama-sama umur 22-23 tahun, kannnn.

Kedua, sepanjang 6 tahun tu budak lepasan SPM buat duit je. Budak lepasan U - sepanjang 6 tahun nak ngabiskan pengajian; memang ngabiskan duit dulu, tak gitu? Paling cikai pun berhabis RM25 ribu baru tamat pengajian, lom tentu dapat kerja lagi.

Bukan apa, contoh depan mata - Kawan sekelas puteri sulung aku yang terus jadi salesgirl kedai jual handbag/baju/kasut lepas SPM dulu sekarang dah sama gajinya dengan gaji puteri sulung aku.
Jika ditolak segala belanja pengajian, puteri sulung aku kena kejar lagi 2 tahun baru boleh matchkan gaji masing masing.

Ketiga, pengalaman kerja. Yang ni boleh fikir sendirilah kot.

Cuba tanya Aul ML ni sekarang berapa gaji dia. Rider Marrybrown je dulu, sekarang antara wakil Malaysia untuk e-game Mobile Legends.
Pengalaman atau skill kerja ni jauh beza dengan teori sepanjang belajar untuk dapat degree; apa job pun.

Keempat-empat bos tempat aku kerja (4 tempat kerja) semuanya cuma level SPM. Dan aku respect mereka sampai sekarang sebab guide aku kerja.

Tapikan, selagi boleh belajar, selagi boleh tambah ilmu pengajian; kejarlah ilmu dulu. Aku fikir, inilah satu satunya advantage budak degree yang boleh beat segala di atas tadi. Lebih lebih lagi kepada yang bergelar lelaki..

Eh ini pendapat peribadi aku je...


Sistem Gaji vs Sistem Bayaran Gaji

EmpayarUtama - Friday, December 10, 2021 : 6 comments

Baru-baru ni ada kawan bertanya, boleh tak buatkan potongan gaji bulanan untuk dia nikmati diskaun 10% Pinjaman PTPTN ikut jadual yang diterima?

Aku kata boleh je. Tapi kena tengok tempat kita kerja guna bank apa, dan dia pula guna bank apa sepanjang terima gaji bulanan. Dia tanya lagi, tak boleh ke buat melalui sistem gaji yang aku guna tu?
Aku terangkanlah kat dia - sistem gaji yang diguna pakai di tempat kerja tu adalah satu benda yang berbeza dengan sistem potongan gaji melalui bank (Credit Management System atau ringkasnya CMS).


Sistem gaji yang diguna pakai adalah untuk merekod maklumat berkaitan pekerja dan cetak gaji bulanan; elaun serta segala potongan yang berkaitan seperti Potongan Cukai Berjadual (PCB), KWSP, Perkeso, EIS, dan sebagainya.

Urusan pembayaran pula; kena log in akaun tempat kerja tu untuk buat bayaran gaji (sama ada bank in terus ke dalam akaun individu pekerja atau buat bayaran kelompok [bundle]
melalui CMS); buka Portal Web Perkeso untuk bayar caruman PERKESO dan EIS, laman web KWSP untuk bayar caruman KWSP; dan sebagainyalah yang berkaitan.
Bila CMS bermasalah pada awal bulan, lambat la gaji masuk. Tarikh pemotongan PTPTN dah tak ikut jadual...

Jika entiti perniagaan buat bayaran gaji melalui CMS, pekerja (baru) yang belum ada akaun di
bank tersebut perlu buka akaun dengan bank yang sama. Biasanya entiti perniagaan yang ada sekitar 10-20 pekerja tak kisah sangat dengan CMS ni. Tapi jenuhla tiap awal bulan nak key in satu persatu gaji pekerja ke dalam payment bank setiap pekerja.
Ok berbalik kepada masalah kawan aku tadi. Tempat kerja dia tak guna CMS. Bank syarikat pula berbeza dengan personal bank dia. Aku cuma nasihatkan dia buat bayaran ikut jadual potongan bulanan PTPTN tu menerusi personal akaun bank dia je dan maklumkan kepada PTPTN untuk nikmati diskaun yang ditawarkan.

Aku harap penjelasan ringkas di sini dapat tunjukkan perbezaan antara Sistem Gaji (Payroll System) dengan Sistem Pembayaran Gaji (Bank CMS). Eh kalau aku salah tolong betulkan ya. K baiiiiii...