Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Mencuri Masa Yang Dicuri, Adakah Aku Pencuri?

EmpayarUtama - Sunday, June 30, 2013 : 15 comments

Pertama sekali mintak maaf kat Alam Wakaka & Crew dan peminatnya kerana terhasil perkongsian cerita hari ini. Aku harap apa yang aku kongsikan dapat jadi iktibar untuk perancangan akan datang - baik penganjur maupun peserta.

Jika ianya dapat dilihat dari sudut positif adalah lebih baik. Cenggini ceritanya:

Promosi dan pendaftaran dibuka pada 28 April 2013 (Ahad) untuk kelas tarian. Pagi tu ramai sungguh ibu bapa datang hantar anak-anak mereka kerana melayan minat anak-anak. Rasanya dua ratus lebih jugalah sambutan yang diterima untuk sertai kelas ini.

Tapi dalam tempoh satu jam kemudian, majoriti mereka pulang dengan anak-anak. Aku nengok muka ibu bapa dan anak-anak tu agak kecewa. Muka budak-budaklah yang paling sedih aku nampak.

Aku pun tanyalah Alya kenapa ramai balik. Dia kata pendaftaran kena bayar RM20 dan yuran bulanan RM50. Ooooooo patutlah. Dalam flyers dan bunting/banner tak sebutpun pasal yuran pendaftaran dan yuran bulanan tu. Memang kesianlah kat bebudak yang bersemangat bangun pagi mungkin dari jauh datang ke KBS (Kelab Belia & Sukan) Larkin.

Dan lagi satu memang tak ada jadual tersusun untuk sesi itu. Maksud aku yuran bulanan itu untuk berapa sesi sebulan? Jika ditunda, bila akan diganti?

Meh lihat tarikh-tarikh hari Ahad sepanjang Mei 2013: 5 Mei, 12 Mei, 19 Mei dan 26 Mei. Maksudnya ada 4 sesi. 5 Mei ada kelas, 12 Mei tiada sebab pilihanraya umum, 19 Mei ada kelas, manakala 26 Mei ditunda entah bila. Jadinya - Bulan Mei cuma ada 2 sesi saja.
Lihat tarikh-tarikh hari Ahad bulan Jun 2013 pula. 2 Jun ada kelas, 9 Jun ada kelas, 16 Jun, 23 Jun, 30 Jun semua kelas ditunda hingga dimaklumkan. Jadi sepanjang Jun 2013 pun cuma ada dua sesi saja.

Banyakla pulak persoalan kat pala otak aku: Adakah setiap Ahad bulan Julai 2013 juga akan ditunda kerana puasa? Dan adakah setiap Ahad Bulan Ogos 2013 pun akan ditunda kerana beraya? Berapa sesi sebenarnya setiap bulan? Dah banyak hari tunda, bila nak ganti?

Yang lagi beshnya tu kan, mesej tunda diterima sama ada belah malam Ahad atau pagi-pagi buta hari Ahad.
Sebenarnya Ahad adalah hari bersama keluarga untuk ibubapa yang bekerja. Tapi kami beri masa itu untuk anak-anak kerana minat/pelajaran mereka. Aku bajet diri sendiri - pagi hingga 12.00 tengahari untuk kelas tarian Alam; 11.00 hingga 12.45 untuk Afrina di Sekolah Agama; manakala 2.00 hingga 6.30 petang untuk Aiman yang akan ambil UPSR tahun ini. Memang tahun 2013 tak banyak masa kami sekeluarga balik kampung jenguk nenek mereka.

Pandangan aku, jika Alam & Crew tidak dapat memenuhi semangat berkelas tari - batalkan dulu. Jika SETIAP AHAD adalah sesi kelas bemakna sepanjang dua bulan ini Alam & Crew sudah berhutang 5 sesi kepada budak-budak tu. Aku boleh halalkan yuran, tapi aku bukan mewakili semua ibubapa. Jika boleh hantar pesanan untuk kutip yuran dan tunda hingga entah bila; takkan tak boleh buat yang sama untuk perjelaskan kepada ibu bapa?

Buat Alam & Crew, jangan marah ya...

Kemaskini hari ini - Ahad pertama, 7 Julai 2013 (betul tak apa aku tulis sebelum ni):




Ini Bukan Tutorial

EmpayarUtama - Wednesday, June 19, 2013 : 9 comments

Jika cerita yang dikongsi rasanya sudah agak banyak dan kita fikir sebahagiannya menarik bila dipamerkan; bolehlah guna 'Jump Break' atau pasang 'script Read More'.

Bila letak lebih dari 1 cerita di 'Home Page' pula - rasa cam tak besh kalau takde gambar / imej.

Kat sini aku cuba berkongsi 3 paparan untuk tujuan itu (tapi saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ya) iaitu penggunaan 'html'; penggunaan 'border'; atau tanpa guna apa-apa di awal entri pos (3 cara untuk mulakan entri dan bagaimana hasilnya jika ditambah penggunaan 'Jump Break') :

a) Penggunaan 'html':
<div style="float: left; padding-left: 10px; padding-right: 10px;">
IMEJ
</div>
ENTRI POS
<div style="clear: both;"></div>
SAMBUNG ENTRI POS SETERUSNYA

b) Penggunaan 'border':
<table border="0" cellpadding="0" cellspacing="0" style="margin-left: 0px; margin-right: 0px;"><tbody><tr><td align="left" width="50%">
IMEJ
</td>
<td align="justify" width="50%">
ENTRI POS
</td></tr></tbody> </table>
SAMBUNG ENTRI POS SETERUSNYA

c) Tanpa guna apa-apa pula:
ENTRI POS
IMEJ
SAMBUNG ENTRI POS SETERUSNYA

Penggunaan salah satu sama ada a) html atau b) border tidak perlu tambahan 'script' untuk kita buat paparan 'Read More' di 'Home Page'. Cukup dengan menekan butang 'Jump Break' yang disedia oleh blogger.com. Contoh :


Tapi saiz imej perlu disesuaikan kerana jika tidak - akan ada sedikit jarak atau 'gap' antara Anyir dan Jakarta ish aku nih; antara entri dengan sambungan entri pos seterusnya.

Kelemahan penggunaan border pada permulaan entri ialah paparan yang tidak konsisten bila guna pelayar internet berbeza seperti Orkut, Safari, Pepsi, Mozilla, atau apa sajalah yang tersedia selain dari Chrome dan Internet Explorer. Itu sebabnya Dhinai Adnan bersungguh-sungguh menegur cerita aku yang tak dapat dibaca (huhuhu sedey)

Terima kasih bro. Inilah pandangan dari udara bila di'view' menggunakan Mozilla:


Cara ketiga iaitu c) Tanpa guna apa-apa (maksudnya tanpa imej pada permulaan entri yang tak perlukan 'html' atau 'border' tetapi ingin letak 'Jump Break' ) pula; pun boleh juga. Tetapi jika ditambah 'css style' serta 'script' yang bersesuaian; hasil paparannya lebih kemas kerana imej (jika ada) dalam entri pos akan jadi permulaan entri. Contohnya seperti di bawah ini:


Sebenarnya banyak cara nak buat ringkasan entri nih selain dari imej dan entri. Sama ada dalam bentuk link sahaja, entri pos sahaja, imej dan tajuk sahaja, scrolling, atau ikut suka hati korangler.



Untuk tutorial, mintak tolong pakcik gugel pulokla yea, aku lom sempatler nak buat :)


Layan Penat

EmpayarUtama - Sunday, June 16, 2013 : 7 comments

Seminggu dua yang lepas, aku rasa penat iyalah dah makin tua. Waktu 'sanggang' yang sikit tu aku layan beberapa cerita yang dah lama jadi stok dan tak sempat nak nengok.

Tapi cam biasa pilihan aku ialah cerita-cerita Cina walau aku tak faham sepatah perkataan pun.

Dua yang pertama adalah dari Hong Kong, penuh dengan keganasan. Triad menegur kita jangan mengambil kesempatan untuk cepat dan kekal berkuasa. Jika belum sampai masa jangan cuba perlekeh pemimpin walau pendidikan kita jauh mengatasi mereka. Di sini pengalaman sedia ada berjaya tewaskan sogokan wang ringgit mahupun kepandaian ilmu yang dipelajari dari luar negara.

Young & Dangerous Reloaded masih berkisar iri hati dan khianat sesama rakan; selain perebutan kuasa. Tapi, cerita ini masih tidak dapat menyaingi mana-mana koleksi Young & Dangerous sebelumnya.

Dua cerita di atas pula berdasar sejarah China. The Guillotines memaparkan penggunaan senjata pelik oleh sekumpulan 7 anggota yang menyaksikan seorang demi seorang terkorban dipergunakan oleh pemerintah zalim walau membesar bersama-sama.

Manakala The Last Supper memaparkan konflik raja Dinasti Han yang terlalu berprasangka terhadap rakan seperjuangan. Mereka menjadi sejarah apabila dijemput menghadiri jamuan istana kerana siapa yang dijemput bermakna kematian. Prasangka terus menghantui sang raja hingga hayat yang terakhir. Di sini juga kita mengetahui bagaimana China dipecah kepada 9 negeri yang miliki dinasti masing-masing.

Secara perbandingan, dua cerita epik lebih menyerlah berbanding dua cerita moden di atas. Namun begitu, pada aku keempat-empat cerita tersebut tidak dapat menyaingi animasi Jepun di bawah jika menyentuh elemen kekeluargaan. Cuma semua cerita yang aku kongsikan ini dipaparkan dalam bentuk keganasan melampau:



Sekarang Pelik VI - Sepak Yem

EmpayarUtama - Monday, June 3, 2013 : 8 comments

Ada orang gelar permainan ini 'Timang Bulu Ayam'; ada yang panggil 'Capteh'; tapi rata-rata di Johor kita gelar dia 'sepak yem'.

Masa mula-mula masuk sekolah rendah, cikgu suruh kami main benda ni dulu sebelum boleh sentuh bola raga. Jadi kat setor sukan sekolah kami ada dua grup bola raga rotan.
Satu grup tu canteeekkk je dalam kotak, satu grup lagi berlonggok kat satu sudut tak rupa bola raga / takraw. Tapikan, sampai sekarang aku tak terer main takraw dah.

Ni sempena cuti sekolah aku buatkan untuk hero aku, Aiman. Rasanya dah takde aktiviti riadah kanak-kanak waktu petang-petang atau cuti sekolah macam zaman kami budak-budak dulu sebab sekarang mereka lebih gemar mengadap tv, pc, ipad, x-box, dan kalau cerita bab permainan nih – mereka lebih gemar main permainan dalam alam maya tu le.

Nak buat sepak yem ni mudah je. Antara bahan-bahannya (bukan bahan untuk masakan yea jangan kompius lak):

bulu ayam tak kiralah yang bersepah dalam reban ke atau yang korang paksa cabut dari badan ayam, selotep buat lawa - ikat getah pun oke, paku


tiub beskal. Kalau nipis (China made boikot, boikot, boikot hahahahah) potongle lebih agak-agak besar siling 50 sen lama

Satu ikat kacang buncis erkkkkk salah dalam 4, 5, 6 bulu ayam pun tak pe ikut sukalah asal tiap bulu ayam tu bengkoknya keluar baru cantekkk. Cam bawah ni haaa:


Haaa dah siap:
Tapi tak de kaler-kaler cam gambar belah kanan sebab ayam-ayam aku baka ayam hutan sepeten jerk. Dulu adalah nampak kat kedai jual sepak yem kaler-kaler bagai tapi sekarang ni tak nampakla pulokkkk.

Tak banyak gambar atau maklumat pasal sepak yem ni tapi kalau korang rajin bolehlah taip "permainan tradisional-sepak yem" pastu pas kat pakcik gugel.

Satu lagikan, bila dah siap tu; si Aiman boleh tanya "ni bulu ayam betul ke?" hampeh tullah...