Home » » Keputusan Terkini...

Keputusan Terkini...

EmpayarUtama - Saturday, July 30, 2011 : 2 comments

Seminggu gambar-gambar ni terperap dalam enset. Memang sibuk betul minggu terakhir sebelum puasa ni, apa lagi hujung bulan lak tu. Itu pun aku sempatkan diri buat satu entri lima hari lepas.

Haa... Inilah pasukan yang berjaya dibentuk dalam masa tak sampai sepuluh hari dan berjaya membuat latihan sebanyak 3 kali aja, hehehehe.
(sebenarnya sepuluh orang je tapi nak bagi cantik, adalah gambar yang aku tempek dua kali).

Acara sukan berlangsung di Dataran Sri Stulang. Sempatlah aku snap beberapa gambar persiapan pagi tu:

Dan acara dimulakan dengan perbarisan, ikrar dan lagu Negeri Johor dan juga Negaraku. Banyak juga Tadika Kemas dalam DUN Stulang yang mengambil bahagian. Rasanya ada 8 pasukan semua sekali:


Inilah barisan harapan yang mewakili Tadika Kemas Perajurit:


Perlawanan pertama - menang:


Perlawanan kedua - menang:


Macam biasa akan ada kecederaan tapi biasalah ibubapa yang dituju:

Akhirnya ke final. Netball ni dibahagi kepada dua kumpulan, jadi pemenang tiap kumpulan akan bertemu di final:


Tapi tewas kepada Tadika Hjh Hasmah yang dibentuk 5 bulan dulu. Kalah 2-3 sedeyyyy....

Ada 5 acara sempena Hari Potensi (Sukan) Tabika Kemas Kawasan Johor Bahru ni. Pemenang tiap acara akan mewakili Daerah Johor Bahru untuk pertandingan seterusnya. Antara acara - Futsal, Silat Gerakrama, Bolajaring, Rounders dan Galah Panjang (biasanya kita panggil main belon acah):

Antaranya, persembahan silat:


GerakRama:


Galah Panjang:


Futsal:


Dan ada juga terselit acara Galah Panjang untuk para guru:


Panas terik ari tu, khemah tak dapat tampung suasana panas sebab dataran ni di kelilingi oleh blok-blok flat.


Abang jurugambar yang begitu aktif ke sana ke mari, tak panas ke bang?


Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Datuk Seri Utama Hj Shahrir, terima kasihle datang yea:


Dan ini pulak persembahan juara pertandingan silat pagi tu:


Naik pentas amik hadiah tempat kedua Netball:


Tak lupa sumbangan untuk warga emas dan golongan kurang upaya. Gambar ni sebahagian aja:

Hehe, sebenarnya Afrina tak tau apa pun pasal pertandingan. Dia dan yang lain tau dapat main bola jaring je. Sampai dah habis game pun diorang ramai-ramai dok main lagi tengah panas terik:

Akhir sekali aku nak mintak pandangan (buat semua yang baca entri ni sampai habis). Mula dari hari pertama latihan bolajaring kat bawah pokok saga aritu, anak aku ni tiap malam akan terbangun tengah malam mengigau. Menangis merengek dan muntah-muntah sampaile malam tadi masih macam tu juga. Aku dah ikut petua bacakan Ayat Kursi dan Fatihah tapi macam tulah juga perangai dia tiap malam. Dah lepas dua minggu (lima belas hari) dah ni.

Apa nasihat terbaik untuk aku?




2 Comments

2 comments:

  1. Mak rasa nasihat terbaik adalah bawakkan anak EU berjumpa dgn ustaz yg berpangalaman luas dlm hal2 begini. Mungkin ada sesuatu yg dia nmpk tp tidak pd kita..cpt2 la berubat ya. lgpun, dah 2 minggu lebih nih..lama sgt rasanya tu

    ReplyDelete
  2. @ lagenda; mak terima kasih. Pertamanya mungkin mak sorang je yang baca entri aku ni sampai abis.
    Dah berusaha tapi dia masih terbangun tgh mlm; nangis dah kurang cuma masih muntah dan macam baru habis bermain ngan 'kawan-kawan'...

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~