Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sofa Set Tahun Baru

EmpayarUtama - Wednesday, November 24, 2021 : 6 comments

Dah masuk minggu terakhir November, dan menuju ke hujung tahun. Kepada mereka yang tengah ubahsuai rumah, pindah masuk rumah baru tahun hadapan, atau bercadang menukar set sofa baru yang sesuai dengan keluasan ruang tamu - ini masa yang terbaik untuk mencari dan memilih set sofa yang berkenan di hati.

Sekarang ramai yang mula berminat mencari konsep 'moden minimalist'. Nampak kemas,
tapi tak semua punyai cita rasa yang sama, kan. Selain tempahan 'custom made', ada juga di luar sana yang siap untuk dibeli. Pun cantik juga.


Tak semua kedai perabut sediakan banyak pilihan sofa set. Jenuh jugalah jika nak bergerak dari satu kedai ke satu kedai hanya untuk melihat sofa set yang agak terhad pilihannya.

Untuk memudahkan semua apa kata kita lihat dan buat pembelian dalam talian je. Memang mudah. Di sini aku ada beberapa pilihan kedai online yang punyai stok dan sedia untuk penghantaran sekitar sebulan selepas tempahan.

Furniture Farm Chateau Furniture Squirrel Furniture MyFurnitureLab Cellini Silco Malaysia KOOLA Home


Tekan Butang/'Button' di bawah ini untuk melihat lebih pilihan. Kebanyakan pengeluar sediakan pilhan warna serta ukuran dalam imej link yang dipilih :


Masih ada beberapa lagi pilihan untuk dilihat, tidak diletak dalam entri pos ini. Tekan Tajuk 'Sofa Set' di Sidebar Kanan untuk paparan imej lain.

Review Blog: EmpayarUtama

EmpayarUtama - Sunday, November 21, 2021 : 12 comments

Teruja nak ‘review’ blog sendiri setelah bulan lepas (Oktober) blogspot mengucar kacirkan blog. Sekejap tak boleh nak ‘edit Theme’, sekejap tak boleh nak ‘edit Gadget’ di ‘Layout’, hingga aku terikut ikut rentak mereka.

Bila ‘check jQuery library’, alamak jauh tul ketinggalan bas. Aku masih guna versi 1.8.3. Sekarang ni ‘jquery 3.6.0’ kot. Bila aku tukar
versi terkini - makin rojak jadinya blog aku. ‘Slider’ semua tak berfungsi. ‘Bloglist’ kengkawan pun hilang ntah ke mana.


Jadi gigihlah mengemaskini semula blog dan kekalkan ‘jquey 1.8.3’ sebab rasa rugi pula dengan beberapa entri pos tutorial yang masih boleh dijadikan bahan rujukan.

OK. Alkisahnya aku mula berblogging Disember 2008 guna ‘theme classic versi 1’. Hingga sekarang masih kekalkan versi yang sama kerana dah terbiasa dan selesa untuk ejas apa yang patut.

Tapikan, memula buat blog; masa tu teruja sekali dengan iklan Amazon yang perbagai. Masa tu belum ada lagi iklan online shopping Shopee atau program afiliate Lazada bagai. Yang ‘hot’ masa tu Amazon dan ‘ebook’ dari ‘ClickBank’.

Baru je nak menapak, tapi penuh sungguh blog ni dengan iklan bergambar tanpa entri pos. Dengan iklan Adsense, ditambah dengan satu program ‘Alternate Ads’ kot kalau tak silap yang paparkan iklan sama juga dari Adsense dan gadget yang mengarut hingga blog dilabel blog ‘phishing’ dan kena buang oleh tak tau le blogspot ke google. Bayangkan iklan Adsense boleh jadi 8-9 dalam satu ‘page’. Masa tu Adsense benarkan maksima 3 iklan je.

Niat lepas dapat balik blog ni aku nak jadikan blog ’travel’ dalam negara (nak promosi tempat/lokasi menarik termasuk makanan) sebab aku rajin juga berjalan. Sambil fikir bolehlah nanti selitkan sikit trip/perjalanan sekitar Asia sebab aku join group insurance untuk main golf. Akhirnya tercapai juga tapi jadi blog rojak ahahahahahahah.


Majoriti rakan sezaman semaya macam dah tak aktif berblog; ada blog yang nak kena ‘vacuum’ - tebal bersawang tak berhapdet; ada yang blog dah tak ada; ada yang tukar 'domain' dan bertukar angin kepada media sosial lain (macam utiub, insta, pesbuk) huiiii sayu jugalah. Iyalah, dah dekat sepuluh tahun tuuuu…
Dekat dua tahun jugalah aku hilang blog ni. Entah tangan ni gatal ke apa; pertengahan bulan November 2010 tu, bila buat carian/’search’ dan taip nama blog - keluar ’available’. Apa lagi aku cubalah 'log-in'. Yeay boleh ler pulokkkk. Dia punya hepi rasa cam nak terjun sungai…

Sekarang ni sebenarnya masih gigih juga perbaiki apa yang patut. Tukar ‘font’ dari ‘Cherry Cream Soda’ kepada ‘Comic Sans MS’; nampak lebih kemas/mudah dibaca. Adsense pula semakin berlembut dua tiga menjak ni, dah bersepah pulak iklannya sampai tenggelam entri pos.
Lagi 3 hari nak beli kepsi 'barrel' untuk selebret ulangtahun ke 11 entri pos pertama blog ni. Ishhh diam tak diam dah 11 tahun dah usia blog ni, kan? Aku pun makin tua…

Persiapan Ke Sekolah

EmpayarUtama - Thursday, October 28, 2021 : No comments

Tak sampai dua minggu lagi pelajar tahap 1 sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula ke kelas. 3 orang anak anak aku terlibat bermula 8 November dan sorang lagi mungkin akan minta tangguh 2 minggu lagi lepas itu untuk lengkapkan proses vaksinasi (2 minggu selepas dos kedua).

Bab pakaian, apa yang boleh sajalah. Tapi untuk keselamatan dan kegunaan harian, aku sediakan berkotak pelitup muka Durio.
Saiz budak ada dua orang dan saiz dewasa semua ahli keluarga memang guna.

Jika penggunaannya tak sampai setengah jam, aku fikir boleh je guna yang bukan jenis 'pakai buang' macam aku sendiri guna. Iyalah, ke kedai pun dalam 10-20 minit je. Tapi kalau ke kelas atau kerja memang perlu guna jenis 'pakai buang'.

Aku beli dan cadangkan jenama Durio ni sebab dah biasa guna, ‘medicated’ dan diorang selesa pakai berbanding jenama lain. Pernah cuba sekotak yang murah sekitar sepuluh ringgit tapi hampir 20 keping tak boleh digunakan - tali tak lengkap atau sudah/mudah putus.

Saiz budak ada 2 warna Untuk dewasa warna biru je Hitam mahal sikit masih bawah RM30

Harganya standard bawah RM25 sekotak (50 keping) tapi kalau korang nak pilih dan beli jenama lainpun, ok je yang penting kita jaga keselamatan ahli keluarga.

Selamat menyambung belajar buat anak-anak semua dan satu lagi - sokongle Barangan Buatan Malaysia :)

Selamat Belajar Alya

EmpayarUtama - Friday, October 15, 2021 : No comments

Semalam agak memenatkan. Iyalah dari jam 9.30 pagi duduk di kerusi pemandu sampailah semula ke rumah jam 4.15 petang tak turun langsung, dekat 7 jam juga memandu.

Aku hantar anak ketiga ke Kolej Matrikulasi Melaka selepas dia dah boleh dan dipanggil untuk kembali ke hostel.
Kena balik hari sebab ada dua orang lagi yang belum 'lengkap vaksin' (14 hari selepas suntikan kedua). Biasanya kami sekeluarga akan tidur sekurang kurangnya 1 malam di Amverton Melaka.


Kolej Alya ni samalah tempat dengan abang dia dulu, Aiman. Bila dah ada 2 pengalaman abang dan kakaknya, mudah sikit nak uruskan segala barang keperluan dia. Tapi, haaa tengok bawah ni:

Penuh satu bonet Exora tu. Nasib baik majoriti barang-barang keperluan tu beli secara online je.


Pukul 12.30 dah sampai, turunkan barang, SOP - Dia sorang je boleh turun dari kenderaan. Makanya 12.55 tu dah checked-out untuk balik. Dengarnya dapat bilik tingkat 4, sama je cam abang dan kakaknya dulu. Hehe tak pe boleh kuruskan lagi badan tu.

Dah tu tersinggah pula di Yong Peng untuk bungkus nasi ‘Kari Kambing 40 Hari’ sebab memang semputlah orang rumah nak masak lepas termenung dalam kenderaan 7 jam. Boleh je nak ‘dine-in’ dan bungkus untuk yang ada kat rumah tapi aku segan sebab bukan semua orang dah boleh makan kat kedai, kan… Aku cakap kat diorang, kita makan kat kedai bila semua orang dah boleh makan kat kedai. Kita hormatlah mereka yang belum layak.

Ini gambar 2 tahun lepas sewaktu hantar Aiman hehehe.. Saja simpan sini buat kenangan.


Dah siap bungkus, lebih kurang 3.15 tu gerak lagi menuju ke JB. Alhamdulillah perjalanan pergi balik kali ini tiada masalah.

Selamat Belajar ya Alya, semoga meraih kejayaan seperti kakak dan abang kamu :)

Tahniah Puteri Nur Airina

EmpayarUtama - Tuesday, October 5, 2021 : 1 comment

Akhirnya, setelah dua tahun di Puncak Alam dan setahun di rumah (akibat PKP COVID-19), kakak berjaya juga menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tahniah ya kakak, semoga menjadi inspirasi kepada adik-adik yang bakal ikut jejak langkah.

Anugerah Naib Cancelor (ANC) memang berat nak dapat. Kena dapat sijil dekan atau minima 3.5 GPA tiap semester. Semester terakhir Kakak mendapat mata penuh 4.0 GPA. Sekali lagi, tahniah ya Kakak :)


Lepas ini kita lihat dan buat challenge, siapa yang boleh beat keputusan dan anugerah yang telah kakak capai.


Dah terlanjur duduk rumah, ini lah aktiviti yang aku nampak dia buat:

_
'Work from home' tapi nampak macam sepenuh masa je.

Kerjanya mengemaskini status nombor kad prabayar U-Mobile. Berkotak kotak dia terima dari bekas boss 'intern' (praktikal) untuk dikemaskini. Selang 2-3 hari mesti datang 2 atau 3 kotak besar untuk diupload ke dalam sistem.

Oklah tu kan. Walaupun kerjayanya bukan dalam bidang yang dia belajar sebelum ni. Gaji pun macam bagus je 'boss' dia tawarkan, setanding dengan kelulusan. Sekarang agak susah nak dapat kerja. Tahun depan la baru kita 'ushar job' lain kalau dah jemu, ok kakak?


Shopping Online

EmpayarUtama - Saturday, September 25, 2021 : No comments

Semalam singgah ke Giant. Dah siap scan MySejahtera, boleh tak terperasan shutter rollernya tak naik sebab pasarayanya belah dalam.

Giant pun kena kuarantin hehe. Terus ke Guardian sajalah sebab budak-budak kirim pencuci muka.

Dari jauh nampak logo ‘Low price locked to stay low’ dia tu dah lebih
kurang macam logo Shopee sebab kertasnya dicetak dengan warna merah.

Teringat la kat Shopee ada buat Promosi Pay Day Sale yang akan tamat pukul 12 tengah malam ni nanti.

Walaupun memang ada je tawaran sepanjang masa, ada juga beberapa pembekal yang beri tawaran lebih hebat hingga hujung bulan Jan 2022.

Tengah-tengah musim PKP ni, walaupun aku boleh je bergerak untuk berbelanja, tapi yang duduk tinggal di rumah dah jadi terbiasa berbelanja secara online.

Pilihan pertama mereka memang Shopee lah. Dari barangan yang besar hingga yang kecil; pesan makanan online pun makin rajin.

Itu belum lagi beli reload untuk top-up handset masing-masing, walaupun internet dah tersedia kat rumah.

Ialah betul juga, kadang kadang line tu putus sendiri waktu mereka tengah berGoogleMeet; aku pun dah malas nak buat repot ke pengendalinya.

Ingat lagi sekitar 15 tahun dulu - macam-macam survey diterima pasal berbelanja secara dalam talian atau 'shopping online', kan. Sekarang dah jadi nyata, tak gitu?

Pasang Langsir Dapur

EmpayarUtama - Sunday, September 12, 2021 : No comments

Sebelum ini 2 tingkap di dapur aku pasang bidai yang selalu kita nampak di pejabat. Ianya tirai paduan aluminium kalis air, sebab itu aku pilih untuk letak kat dapur.

Lama-lama warnanya pudar dan nak ganti baru harganya dekat seratus jugalah.

Bila lihat ‘shopping online’, terjumpa ‘modern blinds’ langsir zebra yang murah 2 kali ganda dan mudah pemasangannya.


Ada pelbagai saiz untuk lebar dan labuh seperti 2x6 kaki (60x180cm), 3x6 kaki (90x180cm), 4x6 kaki (120x180cm), dan 6x6 kaki (180x180cm). Warna pun ada beberapa pilihan: purple, pink, biru, kelabu, hitam, hijau, putih, coklat, beige, dan merah terang.

Dinding dapur dah warna pink, orang rumah pesan pink 2 set 4x6 kaki. Ianya 'roller' maka taklah tergantung hingga 6 kaki, ikut suka kita sebenarnya.

Kepada sesiapa yang berminat boleh terus cari 'Zebra roller blinds' atau taip bidai tingkap murah 'modern blinds' langsir zebra.

Mudah je pemasangannya, cuma skru memang tidak disediakan. Aku guna skru serta lubang yang ada di dinding atas tingkap yang dah tersedia ada tu je. Jika ragu-ragu untuk cara pasang, pembekal ada sediakan video cara pemasangan. Kalau rajin boleh cari kat youtube..