Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pantai Batu Layar

EmpayarUtama - Wednesday, February 2, 2022 : 2 comments

Rasa bersalah nak kongsi cerita ni bulan lepas kerana minggu pertama Januari masih banyak tempat dilanda bencana banjir. Bulan ini sesuailah dan mungkin boleh jadi panduan untuk yang merancang sempena cuti-cuti akan datang.

Percutian bulan Disember lalu bertumpu di Desaru, Kota Tinggi. Antara tempat yang rugi kalau tak pergi ialah Pantai Batu Layar, sekitar 15km dari Bulatan 'I Love Desaru' macam gambar sebelah ni.
Hari pertama 17 Disember tu singgahle belah petang dengan niat nak buat barbeque di situ :) Agak lewat sikit perancangannya. Nasib baik cuaca tak seteruk tempat lain walaupun hujan lebat sekejap-sekejap.

Pantai Batu Layar merupakan antara pantai awam di Malaysia. Ada kawasan berpagar kononnya milik tuan tanah seberang jalan, yang ini aku tak pasti. Yang pastinya, ini antara tempat menarik untuk tujuan selfie, mandi manda, perkelahan dan perkhemahan.
Sebelum PKP ada beberapa 'chalet pelangi' di hujung jalan Batu Layar ni, sekarang tinggal runtuhan. Kawasan persekitaran sepanjang pantai tetap bersih, don't worry semua.

Dua hari berturut kami berulang ke Batu Layar dari tempat penginapan. Hari pertama terlebih berbaloi sebab stok makanan untuk hari kedua pun habis ahahahahampagastullah.

Gambar-gambar aku masukkan dalam slide, kalau nak tengok lama-lama boleh tekan 'pause' ya :
  • Salah satu dari beberapa tempat yang cantik untuk berkhemah di sini
  • Hari pertama, agak lewat petang
  • Berkemas untuk sesi barbeque belah malamnya
  • Mula selepas Maghrib, diterangi cahaya bulan penuh
  • Berjaya menggunakan set mini barbeque buatan sendiri
  • Masih ada sotong dan ikan yang belum siap...
  • Sesi tamat jam 9.00 malam...
  • Hari kedua...
  • Macam lipas, banyak di celah batu...
  • Pengantin, pengapit dan jurugambar...

Oh sebelum lupa, plastik sampah ni masuk kategori barang mesti jika hendak berjalan ke mana-mana. Banyak kegunaannya selain dari mengumpul sampah. Aku juga gunakan sebagai tempat mengumpul baju kotor/basah sebelum di hantar ke dobi.

Dengan keluarga agak besar, plastik sampah yang disediakan pihak hotel pun tak mencukupi. Lebih baik sediakan dulu, beli yang saiz M dah ok.

Destinasi seterusnya...


Review Blog Rakan Maya

EmpayarUtama - Sunday, January 23, 2022 : 16 comments

Ini bukan segmen blog review tau tapi aku suka ulas sikit-sikit blog rakan maya macam yang pernah aku buat dulu-dulu.

Aku cuma nak kongsi beberapa segmen yang aku singgah dan cerita ni harapnya jadi inspirasi kepada yang lain untuk kembali bersegmen bagi memeriahkan kembali dunia blogging.

Semua ni para otai belaka.
Yang pertama, Elly Matin dari Blusher Merah yang memulakan Entri pertama tahun 2022 + GIVEAWAY dengan membuat "GIVEAWAY ELLY MATIN".


Sesiapa yang berminat menyertai, buatlah satu posting bertajuk "GIVEAWAY ELLY MATIN" dan nyatakan target tahun ini. Kemudian hantar link posting tersebut ke entri pos Umi tu dalam ruang komen.

Walaupun archive blog tunjuk beliau mulakan entri pertama di blog barunya pada 5.10.2019 (belum 2 tahun setengah), tapi ikut gaya penulisannya, Elly ni memang dah lama berblog, dan memang dia akui sudah berblog sejak 2012 lagi.


Yang kedua mari jengah Ika dari JJM Jari Jemari Menari.

Follow blog JJM Jari Jemari Menari dan Instagram (WAJIB) serta buat satu entri bertajuk "JJM Bloglist Year 2022". Seterusnya hantar link pos tersebut ke entri pos segmen Ika.

Dia suka buat review buku dan aku simpulkan banyak koleksi buku dia. Dekat separuh dari entri pasal buku, belum campur lagi review wayang dan selebihnya segmen, giveaway dan hadiah.

Aku lama dah follow blog dia sebab banyak bahan bacaan darinya. Pernah masa tu berebut nak kejar followers ke seribu tapi kena potong, terbabas jugak 4-5 angka - tak dapatle. Aku ada komen di blognya yang aku tak ada insta, jadi agak rugi tak dapat join. Tapi aku cuba promotkan segmen dalam cerita ini.

Yang ketiga ialah CARIAN BLOGLIST SECRET WHISPER 2022 oleh Najwa menerusi blognya SECRET WHISPER.

Buatlah satu entri pos bertajuk ‘Carian Bloglist Secret Whisper 2022‘ sambil letak banner yang disediakan. Pastu maklumkan saja kepada tuan blog yang anda sudah buat entri pos tu dalam ruang komen. Nak linkkan ke tak nak linkkan, itu pilihan.

Najwa ni power dalam wordpress tapi menyepi hinggalah dekat-dekat nak pertengahan 2010; mungkin tahun-tahun sebelumnya dia agak pressure dengan paper software engineeringnya.



Meh ramai-ramai join, tahun ni dia nak buat bloglist baru. Syarat-syaratnya stended ikut skema blogger orang lama : Jadi follower, tukar link, buat satu entri pos dengan tajuk tadi dan backlinkkan semula, ada due date hingga hujung bulan ni, dan kalau rajin berilah komen di mana-mana entri pos beliau.

Nampak dia berblog dari Julai 2012 tapi sebab akupun baru je follow blog dia jadi susah sikit nak beri ulasan.


Dan akhir sekali, yang ini memang rare. Sempoi je dan aku tetap kategorikan sebagai segmen walaupun Abe Kie melontar Cabaran kepada pengunjung blognya untuk jadi pengomen tegar dengan beri komen sepanjang tahun 2022 ini.

ABAM KIE merajuk sebab tahun lepas ada dua hadiah tak dituntut; makanya tahun ini dia cuma sediakan 5 hadiah wang tunai. Cabaran bermula dari 21 Januari 2022 hingga 20 Disember 2022.

Cikgu, takpe ya saya pinjam banner...

Aku baca juga entri posnya yang mana bermula lewat 2012, mula pos entri-entri berbentuk kekeluargaan dan nasihat, sesuai dengan profession beliau sebagai guru.


Haishhh macam terpanjang sangat pulak lah cerita aku kali ni. Tapi camanapun, mari kita singgah dan meriahkan blog-blog yang aku dah ceritakan tadi ya. Dah dulu, bai.


Statistik Mengarut

EmpayarUtama - Thursday, January 20, 2022 : 12 comments

Semakin hari teknologi semakin maju. Dengan perkembangan teknologi, cara hidup kita pun akan lebih mudah - sepatutnya.

Jika kita belum mampu atau belum boleh lagi capai teknologi tersebut, memadailah kita padankan dengan apa yang sedia ada. Jangan sampai ketinggalan sudahlah.

Inilah yang aku nampak dalam satu sudut kecil (banyak lagi sebenarnya) sepanjang menguruskan anak-anak sekolah sepanjang 17 tahun. Dan masih berbaki 11 tahun jika dipanjangkan umur, melihat putera bongsu memikul beg sekolahnya yang berat.
Bukan tak pernah bersuara di mesyuarat PIBG, tetapi bila cadangan ini katanya bukan untuk peringkat sekolah, aku diamkan saja. Aku fikir itulah saluran yang betul, pandangan yang jika perlu dipanjangkan ke PPD, seterusnya ke peringkat negeri, persekutuan, dan seterusnya boleh dibentang dan bahas di parlimen. Tapi suara kecil ini nampaknya hanya layak dilontar dalam blog saja.

Hari ni paling ringan, guna timbang badan dan timbang masakan,
sama je 4 kilo...

Setiap hari kita disajikan secara tidak langsung dengan kemudahan rak sekolah di kaca tv menerusi cerita luar negara, dan itu sebenarnya boleh jadi panduan bagaimana kita boleh perbaiki kelemahan sistem kita.

Sumber : STATISTIK BILANGAN SEKOLAH, MURID & GURU. Katalah tiada perubahan hingga kini, bermaksud kekal 10,220 sekolah.

Macam yang aku tulis awal-awal tadi, jika kita masih belum mampu nak beri kemudahan komputer menerusi pembelajaran tanpa buku untuk setiap pelajar di sekolah; boleh saja sediakan rak buku di setiap kelas untuk setiap seorang.

Jika ada kemudahan tu, murid hanya perlu bawa balik ke rumah buku untuk rujukan dan kerja rumah sahaja. Selebihnya mungkin buku kerja untuk 2 hari berikutnya. Ini, dengan beg sekolah lain, beg lukisan lain. Apa lagi yang berebut naik bas sekolah, mau koyak beg...


Kerajaan boleh buat peruntukan. Selaraskan semua sekolah, jadi tak perlu sewa.

Jika purata tiap sekolah ada 30 bilik darjah; jumlahnya menjadi 306,600 bilik darjah. Anggaran setiap kelas punyai 20 meja untuk pelajar, dan semua sekolah jalankan satu (1) sesi; maka kita perlukan 6,132,000 rak yang sama saiz. Ini mewakili jumlah pelajar. Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia tunjuk tak sampai 5 juta pelajar.

Setiap kelas hanya perlu maksima 60 rak kecil ini (jika diambil kira ada sekolah jalankan 2 sesi persekolahan), sebaiknya rak besi. Boleh diletak di bahagian belakang bilik darjah. Jika kerajaan lantik satu kilang saja untuk jalankan projek ini - hanya sekali sahaja tak perlu tukar lagi dah rak tersebut.

Ini kan masalah global sekolah yang ada, bukan di sekolah anak saya saja...


VE KHAS 2022

EmpayarUtama - Tuesday, January 11, 2022 : 4 comments

Dalam dok terkial-kial godeh sana godeh sini kat sistem payrol untuk buat closing ujung tahun, ingat-ingat lupa cara buat setahun sekali ni rasanya memang aku lupa teruslah.

Haishhhh agaknya sebab dok fikir sangat mana yang nak didahulukan; tak pun aku memang dah tua sebab tu jadi pelupa huhuhu.

Iyalah dengan stoknya, closing-opening akaun ejasment; tetiba banyak pulak susutnilai aset nak kena buat akibat kesan PKP isshhhh pening pakcik.

Biasa 'smooth' je aku susun kerja. Selesaikan 'closing payrol' dulu sebab senang nak print Borang EA diorang, lagipun semua ni pun nak kena hantar satu salinan ke audit juga nanti.


Tengah dok kelam kabut cenggini, nampak pulak Borang KWSP 17A alammmakkkk lupa nak bagi budak budak yang setuju tambah balik caruman kepada 11% tu isi dan tandatangan.

Haaa terlanjur pegang borang ni, kepada pembaca di luar sana yang juga buat job sama berkaitan KWSP - borang ni dah boleh dimuat turun (download) dari tiga minggu lepas lagi.

Mungkin sebab buat-buat sibuk konon bantu mangsa banjur, sampai terlupa aku nak kongsi yang ini.

Untuk 6 bulan pertama tahun ini bermula 1 Januari 2022, KWSP masih beri pilihan kepada ahli sama ada untuk kekalkan kadar caruman berkanun sedia ada 9% tu atau tambah lagi menjadi 11%.


Ini pula link/ pautan panduan pengguna yang perlu di isi melalui i-Majikan. Tiada lagi penghantaran borang fizikal ke pejabat KWSP untuk pegawainya buatkan untuk kita. Sekarang kena buat sendiri ya : Panduan Pengguna VE KHAS 2022.

Jadi kalau tak berapa familiar dengan sistem i-Majikan; tetap kena buat juga ya. Dalam tu ada diberi 3 pilihan atau cara bagaimana untuk mengisi dan menghantar borang tersebut, macam gambar atas ni.

Kepada yang bekerja sendiri, suri rumah, peniaga pasar, pasar malam, online bisnes, buat affiliate business; atau yang beri maksud memang tiada pendapatan tetap bulanan, disarankan buatlah i-saraan secara sukarela untuk melakukan caruman KWSP.

Setidaknya ada simpanan tunai pada umur 50/ 60 tahun nanti. Kerajaan pun akan bantu menyumbang 15% (kalau majikan hanya 12%-13% je) tambahan atau caruman maksimum KWSP sejumlah RM250 setahun setiap kali anda buat caruman sendiri. Ada kemudahan lain lagi seperti khairat kematian RM2,500 untuk urusan pengebumian.

Dah dulu. Nak sambung kerja. K Bai...