Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tunggu Hujung Tahun

EmpayarUtama - Monday, March 13, 2023 : No comments

Macam kebetulan je, bila aku berkongsi sesuatu; akan ada berita berkaitan yang menarik untuk aku kongsikan seterusnya.

Imej sebelah ni aku ambil yang tertinggi setelah berulang kali buat 'ping' untuk lihat kelajuan internet di rumah. Nampak ok tapi tak berbaloi berbanding capaian sewaktu 'installation' pada hujung Mei 2021 dulu. Boleh tengok imej perbandingan di hujung entri ya.
Tapi pak menteri berkaitan, nampak bersungguh untuk atasi masalah yang berpenduduk katanya hanya sekitar 3 peratus je yang terlibat.


Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya seperti yang aku baru je kongsikan awal bulan ini.




Info penuh boleh baca di sini

Haa, sebelum ni berkongsi masalah capaian yang ke laut bila berada di kampung; kali ni di tengah Bandaraya Johor Bahru dengan 'modem' dan 'router' yang katanya boleh 'carry' sampai 800Mbps kalau nanti aku nak 'upgrade' kepada pakej 800Mbps [sekarang ambil Pakej 500Mbps] :

Speedtest pada 1 Jun 2021
Download 392.7; Upload 110.6
Perkongsiannya di sini
Speedtest pada 7 Mac 2023
Download 182.7 (tak sampai separuh);
Upload 108.7 ...Setelah 21 bulan...

Masa pasang ok, lepas tu ko...


Capaian Internet Ke laut

EmpayarUtama - Wednesday, March 1, 2023 : 1 comment

Naik segan bila tiap kali buat perkongsian; kerap sekali ceritanya tentang luahan rasa tak puas hati. Memangle tak semua benda aku nak jadi sempurna, tapi kalau dah benda yang penting dan terlalu lama tak ada perubahan; ia akan meletup juga.

Aku membesar di Pontian sejak dari umur 11 tahun dan dah 6 kali mengundi PRU. 6 kali juga dah mengundi untuk PRN. Bertukar kerajaanpun, janji yang sama untuk selesaikan masalah internet tetap ada. Maknanya paling tidakpun dah 3 kali PRU terakhir sepatutnya masalah internet ni dah 'settle'.

Perkongsian yang ini menarik, tentang Buku teks dan wifi. Sebenarnya masalah asas ialah TIADA CAPAIAN INTERNET atau orang ramai kata 'takde line'. Selesaikan yang ini dulu ler, kita dah masuk bulan terakhir suku pertama tahun 2023 ni.

Hampir 3 minggu lepas satu kementerian lagi maju ke hadapan - menambah digitalisasi dengan perkenal dan galakkan kita guna aplikasi yang boleh diakses menerusi internet. Spesifiknya - lebih mudah dengan hanya menggunakan henset.

Tapi selagi satu kementerian tu tak bergerak dalam penyelesaian masalah komunikasi internet, berapa banyak aplikasi pun tak guna bila tak dapat diguna pakai majoriti rakyat.

Hujung tahun ini kita lihat sampai ke mana capaian janji seterusnya yang disiar kepada umum semalam:


Imej bawah ni dari Google Maps. Cuma 7.2 km dari Bandar Pontian, tapi di Kampung Parit Bengkok 1 km radius langsung tiada capaian internet...


Tak sampai 10 km dari bandar, masih kira kawasan bandar lagi tu. Tapi dah tak ada capaian internet. Apa hal? Aku tak fikir masalah ni hanya di kampung Parit Bengkok, Pontian saja. Seriuslah sikit. Rasanya banyak tempat di Malaysia memang masih alami masalah yang sama.

4 henset - 1 Digi, 1 Celcom, 1 Maxis, 1 Tunetalk. Wifi "ON", Mobile Data pun "ON". Semua ke laut...


Promosi Insan

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2023 : No comments

Biasanya promosi produk atau keluaran akan guna taktik barangan itu sendiri. Tapi bila media promosi tersebut lebih kepada insan (manusia), bentuk dan cara promosi tersebut sekarang ini majoritinya bertukar.

Contoh media promosi sosial yang amat berkuasa sekarang ialah bersifat online seperti Tik Tok (atau yang sewaktu dengannya), Instagram, Youtube, Facebook, Twitter, Telegram, WhatsApp, WeChat, Line
(atau yang sewaktu dengannya), blog, e-mel... Dulu kita panggil wakil jualan sekarang 'influencer'.

Bentuk promosi juga bertukar kepada persepsi masyarakat. Ianya lebih tertumpu kepada imej dan video dengan 'caption' yang membuatkan pembaca atau/dan penonton teruja untuk mengetahui lebih lanjut.

Di pusat pengajian tinggi benda ini tidak diajar secara spesifik. Biasanya promosi tahap/peringkat ini akan tumbuh (secara langsung atau tak langsung) setelah individu tersebut masuk dalam bidang kerja dan melepasi tahap tertentu.

Sebab itulah setelah bekerja; akan ada kursus tertentu yang perlu dihadiri oleh mereka sama ada untuk lebih memahami atau menambah daya fikir dan kreativiti dalam buat promosi.

Contohnya; sebelum ini jika nak promosikan insurans, bakal pembeli akan disaji dengan nombor/figure dan manfaat. Sekarang, selain wakil promosi tersebut dapat komisen; bakal pembeli juga ditawar diskaun jika buat pembelian dalam tempoh tertentu. Tak jadi wakil insurans berlesen pun tak apa,
kerana sekarang dah ada program affiliate.

Dulu bersusah payah ambil exam untuk dapat lesen tau baru boleh jual insurans. Tak cukup dengan itu, sekarang disertakan imej serta video menarik (terkadang siap ada cerita pendek) yang selepas itu baru dikaitkan dengan insurans tersebut. Ini contoh sajalah ya.

Promosi dalam dunia hiburan lagi hebat. Hanya kerana nak promosikan cerita tertentu, kena buat gimik konon pelakon wanita nak menggoda suami orang (pelakon lelaki); hingga pembaca dan penonton promosi tersebut buat carian dan akhirnya kena tonton cerita tersebut. Boleh je terus promosikan cerita petang-petang tu, tapi tak nampak kelainan, kan?

Jika dalam program nyanyian, taktik nak naikkan rating hingga boleh capai tahap 'trending' - ambil juri mulut puaka, ambil peserta yang ntahapahapa, dan para 'influencer' berebut cari konten untuk benda-benda ini. Ini taktik persepsi yang amat kuat mempengaruhi pembaca dan penonton hingga pergi ke rancangan/siaran tersebut. Dunia politik macammana?

Di sini, peranan ketua keluarga penting untuk jaga 'mindset' anak-anak. Tapi kalau dah ketua keluarga pun terpengaruh dengan jalan cerita yang diwujudkan oleh para 'influencers' ni, akan muncul budaya baru.

Ini pandangan peribadi aku saja. Tidak ditaja mana-mana pengadil, penonton mahupun penjaga garisan...


Sekarang Pelik IX - Misteri Pensel Biru

EmpayarUtama - Friday, December 30, 2022 : No comments

Dari bulan Jun lagi aku dah terfikir nak kongsi cerita ni tapi 'hijab' lom terbuka kot. Tapi sebab dah 3 kali aku perasan benda yang sama, jadi aku kongsikan ajalah.

Lusa, 1 Januari 2023 (Ahad) akan bermula sesi persekolahan untuk Negeri Johor. Masih dalam tahun persekolahan yang sama, kan; sebab tahun ni sekolah bermula awal bulan Mac aritu. Cam biasa, aku mintak dua putera bongsu keluarkan kotak pensel diorang untuk
asah dan tajamkan mata pensel diorang.

Terkejut beruk bila tengok pensel budak budak ni bertukar warna dan ketot kemetot; yang tak bermata (dah patah) pun ada. Aku memang beli beberapa kotak pensel 'STAEDTLER norica' warna biru sebab budak budak tu minat kaler biru.

Masuk malam ni kira dah 4 kali dah sepanjang tahun ni aku gantikan setiap kali 5 batang pensel 'STAEDTLER norica' warna biru tu dalam kotak pensel masing-masing.

Ini kotak dan pensel si abang. Ada sebatang je yang warna biru tapi dah pendek. Yang lain tu bukan dia punya:


Yang ini kotak dan pensel si adik. Tinggal 4 batang pendek-pendek dan takde satu pun pensel asal. Pelik, kan? :


Gambar bawah kanan ni adalah perbandingan stok pensel biru aku vs stok pensel dalam kotak pensel budak-budak tu. Pemadam pun bertukar lain huhuhuhu hampeh tullah:

Aku asah ajalah semua pensel diorang tu dan ganti dengan 5 batang pensel lain yang baru. Yang atas ni ialah koleksi pensel diorang sepanjang tahun ni (tak campur 4 batang baru warna biru tu). Terfikir juga nak PM cikgu diorang untuk aku 'sponsor' pensel dan pemadam untuk kegunaan anak-anak murid dua kelas ni sepanjang setahun Tahun 2023. Tapi tunggu bulan Mac 2023 diorang naik kelas baru...


Kemudahan Google Maps

EmpayarUtama - Sunday, December 25, 2022 : No comments

Banyak majlis terutamanya perkahwinan berlangsung pada hujung tahun ini. Semalam [Sabtu] aja ada 3 undangan perkahwinan yang perlu dihadiri.

Biasanya kalau libatkan keluarga terdekat, mulalah rancang perjalanan secara konvoi. Kena pulak bila satu famili tu bagitau, kalau tak jalan sekali - tak pergilah. Alasan sebab tak tau jalan.

Sekarang ni kan, kemudahan memang kat hujung jari je. Sama ada nak guna [belajar] atau tak. Applikasi yang memang dah tersedia dalam henfon - Google Maps.

Aku tak pandai guna u-tiub. Jadi aku guna gambar je untuk sapa-sapa yang lom tau guna - camana nak guna Google Maps yang sangat senang nak diguna ni:


  • Icon Location biarlah dalam mode ON supaya senang Google kesan kedudukan kita

  • Applikasi Google Maps biasanya dah otomatik tersedia dalam henset

  • Bila tekan ikon Maps tu, keluarle 'search box' dan taip alamat yang nak dituju

  • Aku amik contoh sedia ada - Ayer Keroh Tol Plaza. Bila keluar camni, tekan butang biru 'Directions'

  • Akan keluar camni. Tekan 'Start'. Kalau takut takde 'line' di tengah jalan, 'download' [tekan] arahan yang ada dalam kotak itam

  • Yang ini, kalau kita nak bermula dari tempat lain (sama juga jika lokasi kita 'OFF'). Taip alamat permulaan perjalanan di kotak 'search'

  • Dah tekan START kan? Haa camni le 'live' pergerakan kita jadinya. Ada bantuan suara lagi tau. Latar gelap bila waktu malam

  • Ok, katalah nak bermula dari tempat lain, contohnya Kota Tinggi... 'Google Maps' abaikan lokasi asal kita. Butang biru 'Start' menjadi 'Preview'

  • Tekan kotak biru 'Preview' tu. Maps akan tunjuk lokasi awal perjalanan...

  • ...dengan arahan perjalanan di sebelah atas henfon... Cuba tekan imej bergambar yang kecik tu pulak

  • Ini akan keluar jika kita tekan imej bergambar yang kecik tadi tu... Camtu ler.
    Senang je kannnn
Guna butang PAUSE untuk berlama-lama tengok peta :)


Boleh je gugel untuk cari camana cara guna google maps ni:



Untuk mode offline pun ada:


Lepas ni harapnya tak ada lagi mana mana ahli keluarga yang bila nak ke suatu tempat mesti nak bergerak bersama-sama (sampai tak jadi pergi, sampai bermasam muka, merajuk, ntahapahapa lah) walaupun tempat berkumpul tersasar jauh dari route perjalan yang nak dituju...


Kari Kepala Ikan Restoran Sulam

EmpayarUtama - Sunday, December 18, 2022 : 2 comments

Tak lengkap senarai tempat makan untuk dicuba kalau tak ke sini. Restoran ni turun temurun dari bapa kepada anak lelaki.

Restorannya tak sesak atau bingit walaupun persekitaran luar memang sibuk. Kalau nak makan masa 'peak hours' terutama dalam bulan Ramadhan; kena booking dulu. Boleh je terjah tapi meja terhad dan dia memang tak bukak meja sampai kaki lima kedai.


Restoran Sulam ni popular dengan Kepala Ikannya - Kari atau Asam Pedas. Sejak aku pindah kerja di JB tahun 1991 kedai ni dah sedia wujud. Tapi masa tu belum ada air-cond.

Haaa ini antara pesanan yang aku biasa order. Tak ada sayur sebab dalam Kari Kepala Ikan tu dah ada 3 jenis sayur - Terung, Kacang Bendi dan Kacang panjang :
Jika buat pesanan, beritahu berapa orang makan untuk mudahkan dia ejas besar mana kepala ikan yang perlu dihidang. Dan ramai yang tak tahu sebenarnya kuah kari [atau asam pedas] itu boleh ditambah jika dah luak; siap dengan sayurnya sekali akan ditambahkan.

Otak Otak home made ini juga pesanan mesti. Panas panas baru keluar dari api. Kedua dua menu utama ini dihidang beralas daun pisang.

Udang goreng butter, pun kena ada dalam menu yang dipesan budak-budak :

Hidangan seterusnya, pun antara yang mesti - telur dadar kosong. Kami pesan 1 set 3 biji dan minta sediakan 3 set...

Kalau tak nak makan di kedai, pun boleh buat pesanan untuk tapau. Tapi tak pasti deliverinya hingga berapa km...

Dulu ada desert seperti aiskrim dan cendol. Lama dah tak ada. Yang pasti restoran ni popular dan banyak review positif cuba semak di Google :)



Cuti dan Contract of Service

EmpayarUtama - Tuesday, November 29, 2022 : No comments

Ini adalah hitam putih persetujuan bersama antara pekerja dan majikan di dalam surat tawaran dan lantikan. Kalau butirannya panjang, ia jadi sebagai Lampiran / Annexure.

Pekerja akan terikat dengan akta pekerjaan, dapat hak seperti cuti dan manfaat lain yang sepatutnya sebagai pekerja. Pekerja juga wajib dicarum, disediakan slip gaji dan perlu ikut tugas seperti yang terdapat dalam kontrak.


Regulation 8 of the Employment Regulation 1957, dalam surat perjanjian wajib ada maklumat seperti:
1.Name of employee and NRIC No.
2.Occupation or appointment;
3.wage rates (excluding other allowances);
4.Other allowances payable and rates;
5.Rates for overtime work;
6.Other benefits;
7.Agreed normal hour of work per day;
8.Agreed period of notice for termination
9.No. of days of holidays and annual leave;
10.Wage period.

Cuti Bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) pula adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 hari berturut-turut [Seksyen 37 Akta Kerja 1955], layak untuk 5 anak pertama (yang hidup).

Sudah ada perubahan untuk ini akan tetapi kuat kuasa pindaan Akta Kerja 1955 ditangguhkan ke 1 Januari 2023:

“KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September ini, ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari,
penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengira sebarang alasan diberikan majikan.”


Begitu juga cuti 7 hari kepada suami. Baca seterusnya untuk PINDAAN RUU KERJA TETAPKAN CUTI PATERNITI TUJUH HARI BEKERJA

Maknanya tahun depan majikan bertambah pening sama ada nak kecikkan kuota pekerja wanita atau tambah kuota pekerja lelaki atau gajikan pekerja veteran / muda muda belaka, heheheheh...


Cuti Cuti Malaysia

EmpayarUtama - Friday, November 25, 2022 : No comments

Dua tiga menjak ni banyak tul cuti yang diumumkan baik cuti peristiwa maupun cuti umum. Para bos di tempat-tempat kerja aku membebel sakan sebab cuti yang dah diwartakan (untuk swasta) berjumlah 14 hari dah habis guna.

Aku ni kat tengah-tengah; serba salah jadinya. Nak jaga kebajikan staf dan pada masa sama nak jaga kepentingan syarikat tempat kerja.

Aku cuma bagitau bos camni - Bos tengok
job tu kalau untuk 'internal purpose', panggillah diorang datang kerja. Tapi kalau job pada hari tersebut libatkan pihak luar, cuti sajalah. Sebab semua pihak [bank, transporter, suppliers] cuti, datang kerja buat apa?

Ini disebabkan pada hari-hari cuti tu gaji bulanan berjalan macam biasa. Bila panggil staf datang kerja; kena bayar ikut OT Rate yang dah dipersetujui dalam kontrak kerja [contract of service]. Dahla gaji bulan jalan macam biasa, syarikat kena bayar lagi 1.5x gaji harian kepada staf untuk hari cuti tersebut. Bukan makin untung, makin rugi lagi adalah. Baik cuti je. Iya lah, kalau dah 10 pekerja kena datang semata-mata alasan peruntukan cuti syarikat dah habis, tak berbaloi baloi, kannnn...

Sebenarnya, ikut Akta Kerja 1955; majikan boleh memilih minima sebelas (11) hari cuti sebagai cuti berbayar dalam satu tahun kalendar.

Lima (5) hari darinya MESTI termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia (tak boleh ganti dengan hari lain}.

Baki enam (6) hari cuti lagi boleh pilih ikut budi bicara majikan dan pamerkan di tempat kerja sebelum bermula tahun kalendar yang baru.

Cuti Umum Tambahan di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955 iaitu pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum diwartakan]. Biasanya cuti mengejut / cuti khas atau cuti peristiwa.

Hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya terletak pada kontrak kerja yang dah dipersetujui [contract of service] oleh kedua-dua pihak sebelum pekerja mulakan tugas.

Boleh je ganti kepada hari lain jika mahu, contoh terbaik ialah panjang / sambung / tambah selepas cuti perayaan. Tak ganti pun tak apa.