Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Semoga Dipermudahkan Urusan

EmpayarUtama - Thursday, January 23, 2020 : 4 comments

Ahad ini, 26/01/2020 merupakan hari yang istimewa buat salah seorang ahli keluarga kawan aku. Dia minta kalau boleh buatkan satu posting sebagai kenangan dan appresiasi dari ahli keluarga yang tak dapat hadir ke majlis beliau.

Aku tanya kenapa tak pergi? Takde jemputan katanya. Ohhh begitu.
Memang tak perlu pergile kalau takde jemputan, tak elok, kan. Lebih kurang cenggitulah katanya. Biasanya jemputan akan dihebahkan. Takde jemputan diam-diam ajalah, tak yah nak beritahu. Tapi yang ini – tak jemput pula dihebahkan di grup keluarga. Yang bestnya, tukang solek adalah salah sorang ahli keluarga yang tak dijemput...

Dia tambah lagi, keluarga yang ini macam tak berapa nak campur sangat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Jadi macam tak berapa rapat, macam keluarga jauh pula. Jumpa pun masa raya Idilfitri setahun sekali. Itu pun cuma dua tiga jam je.

Agaknya sebab ketua keluarga mereka kerja bagus, berpendapatan tetap yang berpencen; manakala ketua keluarga ahli-ahli keluarga yang lain kerja tak menentu... Agaknyalah ujarnya lagi.

Aku yang dengar terlopong mulut. Walau di luar kebiasaan, aku bersangka baik ajalah. Tak boleh nak komen sebab konsentret dengar cerita
kawan aku ni. Katanya lagi, mungkin diorang tak baca kot Wasiat yang aku tulis dulu. Aku cakap pada dia blog aku nih dah terbengkalai lama dah...

Tapi iyalah, budi bahasa memang amalan kita, adat dan budaya orang timur. Aku tak tau nak kata apa tapi aku usahakan juga untuk hasilkan cerita ni, mewakili keluarga kawan aku.

Kawan aku pesan jangan lupa ucapkan selamat berbahagia, semoga dipermudahkan segala urusan.



Jom Tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal

EmpayarUtama - Wednesday, March 27, 2019 : No comments

Cuti sekolah - layan budak-budak tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal kat MBO KSL City.

Cerita mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng Inderaloka selepas menemui sebilah keris di dalam stor Tok Dalang. Banyak watak dalam dongeng rakyat yang mereka bertemu; aku teringat cerita 'Magika'.
Kengkadang terbayang cerita Cina kuno yang aku pernah tengok terutama part kawasan pelabuhannya. Memang best filem terbitan Les' Copaque ini. Ini hasil 100% kepakaran anak tempatan tau.


Budak-budakla yang meriah.
Ini belah pagi grup mana ntah masa aku beli tiket :)


Layan gambar depan poster


Spiderman tumpang semangkuk (ada belah kanan hehe)



Aisy tengah konsentret...

Mari tengok gambar dan sebahagian watak-wataknya:


Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal
Upin & Ipin - Keris Siamang Tunggal


Si kecik dua orang tu kata nak tengok lagi. Jadi siapa-siapa yang belum menonton, bawakle sekeluarga tengok Upin dan Ipin - Keris Siamang Tunggal ni. Bestlarrrr




Jauh Di Sudut Hati...

EmpayarUtama - Friday, April 15, 2016 : 1 comment

Ingat tak lagi kisah raya tahun 2013. Baru-baru ini aku sempat bersembang lama dengan makcik tu. Muka dia ceria berseri-seri. Rupanya baru balik dari mengerjakan umrah.

Katanya sebab dah agak uzur maka mahram kena jadi peneman untuk menjaga dan mengurus. Katanya setelah berunding, anak perempuan yang tinggal berdekatan setuju untuk pergi bersama.

Aku tanya apa khabar banyaklah kursus umrah sebelum bertolak, kan? Adalah 4-5 kali kata makcik tu tapi kursusnya di Johor Bahru. Aku kata oklah sebab anak perempuan dia mesti pergi bersama tiap kali berkursus.

Jawab makcik - dia sibuk. Jawapan yang sama aku peroleh sewaktu ziarah beliau hampir tiga tahun lalu. Pergi kursus asing-asing. Erkkk camana tu makcik?

Makcik tu beritahu dia tinggal di JB rumah anak lelaki yang akan hantar tiap kali ada kursus. Rumah anak lelaki dia tu dekat jugalah dengan masjid tempat berkursus. Dah tu balik pun asing-asinglah dengan anak perempuan makcik? A’ah makcik tu jawab. Ooo camtu...

Makcik tu sambung lagi. Katanya di sana dapatlah dia melawat makam nabi, Taman Raudah, ladang kurma, kilang Quran, beribadat di dalam masjidilharam dan laksanakan segala urusan umrah. Bila dia bercerita satu persatu pengalaman di sana; hati nurani aku sebagai seorang anak mula tersentuh. Air mata mula bergenang cuma tak menitik...

Katanya ada tempat yang perlu berjalan kaki dan dia tak berapa kuat untuk berjalan. Maka dia berkerusi roda (wheelchair). Seorang anak muda bernama Faiz (antara anggota rombongan) rajin bantu tolak kerusi roda dia.

Makcik terus bercerita pengalaman selama berada di sana. Riak muka masih ceria. Hati aku saja yang tak tentu arah.

Pernah sekali dia tinggal sahaja di pintu masjidilharam hinggalah semua ahli rombongan telah kembali ke bilik hotel masing-masing.

Anak perempuan dia akhirnya bertemu setelah ikhtiar terakhir adalah bersujud dan mohon Alllah temukan kembali dengan ibunya.

Aku sebagai anak lelaki yang masih ada ibu makin cair rasa nak mengalir dah airmata ni. Ishhh sedihnya...

Makcik tu masih dengan muka ceria bercerita lagi anak perempuan dia ada bawa dia untuk mengerjakan tawaf perpisahan (Tawaf Wada) – pada hari terakhir ziarah. Ohhh Alhamdulillah adalah juga masa anak perempuan dia bersama makcik tu.
Makcik tu amat suka bercerita tentang Faiz dan aku rasa banyak masa makcik tu bersama beliau berbanding anak perempuan dia sendiri di sana. Syabas dan tahniah aku ucapkan kerana berjaya buang jauh-jauh segala sifat sombong, riak dan ego yang biasa wujud dalam diri kita.

Sebelum berpisah aku beritahu makcik tu Alhamdulillah selamat pergi dan kembali dari tanah suci semoga panjang umur kerana aku sendiri belum berpeluang ke sana...

Buat isteri, buat anak-anak; buat yang membaca; semoga kamu semua memahami...



Spontaneous Saturday - Penyokong Cilik

EmpayarUtama - Saturday, November 1, 2014 : 6 comments


Putera Nur Aisy Syafiq, 68 hari...

Minggu lepas majlis potong jambul, minggu nih kasi botak. Tinggalkan kenangan sempena final Piala Malaysia JDT vs Pahang malam nanti.






Maaf Aku Memang Tak Sempurna

EmpayarUtama - Wednesday, October 8, 2014 : 3 comments

Haaa ini bukan ulasan wayang cam dulu cuma aku tetiba rasa bersalah dok promot cerita-cerita Melayu kita yang sekarang ini. Iyalah bila kita kian galak disogok dengan cerita sebegini dan berdasar jumlah peningkatan penonton; rasanya kita dalam tak sedar disuruh menerima; menerima dan bersetuju menerima isu yang diketengahkan. Ianya dah jadi macam nilai murni dalam corak kehidupan era baru kita erkkkk betul ke aku tulis ni?

Heheheheh aku tak pandai ulas tapi aku harap tak singgung mana-mana pihak yang buat buku, buat belog, buat bodoh, buat page, kongsi kat applikasi, sedara mara suku sakat atau kengkawan yang buat promosi. Rasanya cerita-cerita sebeginilah yang popular dua tiga menjak (siap bandingkan hero dan heroin cerita mana lagi best) walaupun olahan ceritanya berjaya menutup isu sebenar KAWIN KONTRAK. Cuba buat carian kat Google dan yang terbaekkk : Persatuan NGO Gesa Kerajaan Laksanakan Kahwin Kontrak Untuk Kawal Kes Buang Bayi. Ahahahahahahahah siap sokong lagi tu.



Hari pertama saja dua juta penonton. Perempuan mintak hitam putih kontrak; lelaki kata ok. Penonton suka. Tok kadi tak tau apa-apa...



Jangan mare yea ^_~


Percubaan Pertama

EmpayarUtama - Wednesday, April 23, 2014 : 3 comments

Cerita ni agak lama juga. Minggu pertama bulan nih, aku jah yang tak sempat nak pos. Tapi tuan punya badan dok merengek-rengek nak nengok semula lukisan dia, kenalah sempatkan diri buat posting nih. Haaa meh nengok pe citernya.

Hari Senin 1 April masa kat tadika, cikgunya beri borang kaler pink. Ada pertandingan mewarna terbuka untuk
kanak-kanak 4-6 tahun di Angsana sempena Ekspo IKS IPPJ. Ngam-ngam eksponya pun jatuh pada 4-6 April.

Walaupun dah daftar kat Tadika, kat sini kena buat pendaftaran semula tak tauler sebab apa.

Belum mula lagi. Satu jam jer masanya start 10.30 pagi. Boleh tahan juga penyertaan, atas pentas pun penuh.

Aiman me'mandrem' kertas lukisan sebab nak hadiah beskal...

10.40 pagi pertandingan bermula. Pertama kali nih si Yana mewarna... dulu dok ngabiskan bedak jer.

Alamak setengah jam dah siap; aku kat luar tali suruh dia gelapkan semula semua warna sambil pesan tambah ler bangunan untuk latar entah dia dengar ke tidak.

Ada lagi doploh minit sebelum habis masa 11.40 pagi tapi Yana kata penat. Dah malas le tuuu. Latar belakang satu kaler jah. Tak de canle amik adiah hahahahahahah.

Yang ini ada can dapat no. 1. Dia buat ngam-ngam siap satu jam...

Haaa '1st time' masuk dapat no. 11. Hadiah sampai no. 12 jer. Tapi betul beskal tuh milik tuan punya gambar tadi...

Pertandingan mewarna nih salah satu aktiviti Ekspo Industri Kecil & Sederhana IPPJ sempena ekspo di situ. Percuma jah tak yah bayar. Masa umum pemenang tu aku kat klinik Kg Melayu hantar si kecik Asyraaf buat rutin 'medical check up'. Aiman kata nama Yana dipanggil tapi budak lain yang naik sambil pegang lukisan dia. Nasib aku sempat sampai dan bagitau abang D-Jay tuh. Hihi camni pun ado...


Sama Tapi Tak Serupa

EmpayarUtama - Thursday, October 17, 2013 : 8 comments

Aku nak buat ulasan wayang pulak. Mari tengok cerita Melayu. Kat bawah ni ada 4 cerita yang tak kurang popularnya. Ada yang masih bersiaran, ada yang sedang diulang tayang.

Takkan korang tak tengok satu pun dari 4 cerita tu...
Apa persamaan yang boleh kita nampak, dan apa pengajaran dari persamaan tersebut?

Kita disajikan sifat iri hati, cemburu, hasad dengki ibu mertua terhadap menantu. Kita terima susunan ceritanya, bangga dengan pembawaan sikap mertua yang tidak elok hingga kita angkat cerita tu jadi popular.


Ombak Rindu
Ombak Rindu - Meletup juga cerita ni dulu
Tentang Dhia
Tentang Dhia - Drama, sekarang tengah tayang ulangannya
Love You Mr Arrogant
Love You Mr Arrogant - masih bersiaran
Pelita Tanpa Sumbu
Pelita Tanpa Sumbu - Tayangan sempena AidilAdha malam tadi
Ciptaan Terindah
Kemaskini 19.10.2013 - Ciptaan Terindah - Ini bukan mak mertua tapi mak sendiri...
Pastu, bandingkan dengan yang ini. Ini cerita klasik tak patut kalau belum tengok :

Tajuk 'straight to the point' dan di penghujung cerita sang mertua mengaku bersalah.



Haaa itulah ulasan aku :p


Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 16 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.


Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...




Celaru, Keliru

EmpayarUtama - Friday, March 1, 2013 : 13 comments

Pelik bila tengok followers 820; tapi lepas buat cerita Review Mereka Yang Terpilih cuma bertambah 17; patutnya 817 je la kan? Mana datang 3 lagi followers tu yea? Ke sebelum tu memang dah ada 803 tapi 3 orang lagi keluar ngam-ngam sebelum aku tulis cerita tu kendian masuk balik?

Musykil tullah. Nasib baik aku tak buat
apa-apa GA kalau tak mesti ada yang tak puas ati.

Oke, oke, apa aku nak cerita kali ni. Oh iya, kepada mereka yang ikut cerita aku selepas Hari Raya Idilfitri - dari bulan September 2012; Oktober 2012; (maaf November 2012 langsung tak sempat bercerita sementara bulan doblas 2012 hanya ada 2 cerita yang tidak bersangkutan); hinggalah Januari 2013; mungkin boleh faham kenapa Wasiat Buat Isteri itu ditulis. Ia bukanlah khusus kepada isteri aku kerana kami memang berkomunikasi saban hari tetapi rasanya berguna buat dia, kannnnnn ^_^.

Kebetulan pula artikel yang agak berkaitan dengan wasiat ke 7 disiar keesokannya:

Sebenarnya aku tertunggu-tunggu pandangan dari seseorang yang memang sudah lama tidak Meninggalkan Tapak Kaki di sini (erkkk hehe sori yea Pondok Usang terguna ayat ni pulokkk) sampai la ni langsung takmo bagi pandangan pun walau tiap kali bercerita dia akan baca. E-mel pun ada hantar mintak dia bagi 'kutukan terhebat' tapi dia buat donno je. Takpe aku sentiasa bersangka baik :)





Wasiat Buat Isteri...

EmpayarUtama - Saturday, February 23, 2013 : 24 comments

Berat rasanya untuk aku menulis yang ini. Tapi siapa tahu jika aku yang akan pergi dahulu (Allah saja yang mengetahui).

Buat isteriku; oleh kerana kamu telah bergelar ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; ada beberapa pesanan istimewa untukmu.
1. Tiada harta bertimbun, tiada emas berkepuk, tiada wang ringgit berkoyan yang dapat kutinggalkan - hanya teratak usang buat kamu dan anak-anak berteduh selain anak-anak penyambung zuriat yang akan mendoakan kita InsyaAllah.

2. Usahlah kamu membezakan anak-anakmu hanya kerana pangkat atau harta; hatta tahap pendidikan yang telah mereka capai. Begitu jua dengan cucu-cucu kamu (jika mereka beroleh zuriat insyaAllah)

3. Rapatkanlah tali silaturrahim sesama mereka hatta saudara terdekat mereka. Janganlah mencorak atau menjarak ikatan persaudaraan hungga pergaulan mereka menjadi renggang dek kerana perbezaan pencarian rezeki atau nafkah hidup.

4. Janganlah di antara anak-anak kita itu ada 'anak emas' yang sukar ditegur; jangan ada 'anak suruhan' yang dianggap hidup bekerja untuk kamu; jangan ada 'anak yang tidak dipercayai' sehingga sanggup memanggil orang lain untuk kamu walaupun anak berada di depan mata.

5. Setelah mereka berkahwin, lepaskanlah mereka bersama tanggungjawab baru mereka; usah anggap mereka masih lagi anak-anak kecil. Mereka juga ada tanggungjawab untuk sebuah keluarga; dan jika itu anak perempuan - fikirkanlah yang mereka juga akan menjadi seorang ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; sama seperti kamu nanti.

6. Hargailah pengorbanan anak-anak serta menantu (jika mereka telah berkahwin) yang sedia menemani kamu bila keseorangan setelah tiadanya aku nanti.

7. Janganlah mengharap keajaiban berlaku di depan mata, sekelip mata bila apa yang kamu hajati dan ingini itu sebenarnya perlukan waktu untuk disedia dan disempurnakan.

8. Sebaiknya usah diperguna kuasa terhebat kepada anak-anak kita. Janganlah sesekali ungkap perkataan 'derhaka' itu hanya kerana sedikit tersinggung. Kita masing-masing berbuat kesilapan.

9. Dan yang paling penting; aku akui amal ibadatku amat kurang serta cetek berbanding kamu. Akan tetapi segala yang kamu lakukan selama ini janganlah dicampur aduk dengan prasangka yang menuju kepada syirik/khurafat. Percayalah kepada Allah Yang Esa; bukan kepada mereka yang menyengutukan Allah (Nauzubillah...)

Aku doakan yang terbaik untukmu, semoga kamu tabah; semoga hatimu berubah bila membaca tulisan ini atau setidak-tidaknya ianya disampaikan ke telingamu oleh mereka.




Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan 2

EmpayarUtama - Sunday, January 20, 2013 : 27 comments

Ini sambungan cerita siang tadi.

Hidup kita ni kan, penuh dengan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak zaman berzaman. Segala petua dan pantang larang yang diperturun mungkin ada alasan atau logik yang tersendiri.

Waktu aku terjebak dengan kerja-kerja macam yang aku cerita siang tadi tu
kandungan orang rumah sudah melepasi enam bulan. Buat bakal ibu/bapa; antara pantang larang dalam masyarakat Melayu jika kerja-kerja tu bukan bidang kita - cuba elakkan ya. Antaranya:

1. Menampal - tak kiralah tampal seluar koyak ke, tampal zink berlubang ke, tampal road tax kereta ke hahahahahah

2. Memaku - tapi paku tu boleh letak dalam beg tangan Cikgu Jaja yea hehe

3. Sapu sampah tak buang habis - sorok bawah tikar, bawah karpet, atau longgok kat penjuru rumah. Sapu je lah terus sampai bersih rumah tu, mendeeeeeeelah...

3. Tetiba rajinlah pulak nak menyimpul langsir atau tirai kat rumah. Nak bagi nampak cantik konon. Pastu biar cenggitu sampai anak lahir.

4. Rajin nengok cerita seram/hantu sebab time-time camni makin banyak cerita kelakar seram Melayu. Bila masuk bab yang seram - rasa takut ataupun terkejut.

5. Banyak lagilah. Nanti aku tanya mak selebihnya.

Hasilnya? Sebelum Krismas tahun lepas orang rumah kena tahan kat wad sebab kedudukan bayi songsang. Waktu itu kandungan berusia 38 minggu. Maklum balas dari doktor - jika kandungan tak boleh diperbetul ke kedudukan normal - kena buat operation masa tu juga. Seriau tul aku. Budak dalam perut lagilah saspen. Terus dia betulkan sendiri position dia dan diorang dapat balik rumah. Fuh legaaaaaa.... :)
Ini vacuum cleaner
kat rumah

Dan kali ini adalah pengalaman kedua aku dapat menemani orang rumah di bilik bersalin. Kesian kat isteri kerana pertama kali dia menahan sakit lebih 7 jam tapi bayi tetap tak boleh keluar. Akhirnya doktor gunakan vacuum dan syukur Alhamdulillah


Putera bungsu; hari ini dah 2 minggu ^_^


Jadi buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.