Ini sambungan cerita siang tadi.
Hidup kita ni kan, penuh dengan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak zaman berzaman. Segala petua dan pantang larang yang diperturun mungkin ada alasan atau logik yang tersendiri.
Waktu aku terjebak dengan kerja-kerja macam yang aku
cerita siang tadi tu
kandungan orang rumah sudah melepasi enam bulan. Buat bakal ibu/bapa; antara pantang larang dalam masyarakat Melayu jika kerja-kerja tu bukan bidang kita - cuba elakkan ya. Antaranya:
1. Menampal - tak kiralah tampal seluar koyak ke, tampal zink berlubang ke, tampal
road tax kereta ke hahahahahah
2. Memaku - tapi paku tu boleh letak dalam beg tangan
Cikgu Jaja yea hehe
3. Sapu sampah tak buang habis - sorok bawah tikar, bawah karpet, atau longgok kat penjuru rumah. Sapu je lah terus sampai bersih rumah tu, mendeeeeeeelah...
3. Tetiba rajinlah pulak nak menyimpul langsir atau tirai kat rumah. Nak bagi nampak cantik konon. Pastu biar cenggitu sampai anak lahir.
4. Rajin nengok cerita seram/hantu sebab
time-time camni makin banyak cerita kelakar seram Melayu. Bila masuk bab yang seram - rasa takut ataupun terkejut.
5. Banyak lagilah. Nanti aku tanya mak selebihnya.
Hasilnya? Sebelum Krismas tahun lepas orang rumah kena tahan kat wad sebab kedudukan bayi songsang. Waktu itu kandungan berusia 38 minggu. Maklum balas dari doktor - jika kandungan tak boleh diperbetul ke kedudukan normal - kena buat operation masa tu juga. Seriau tul aku. Budak dalam perut lagilah saspen. Terus dia betulkan sendiri position dia dan diorang dapat balik rumah. Fuh legaaaaaa.... :) | 
Ini vacuum cleaner kat rumah |
Dan kali ini adalah pengalaman kedua aku dapat menemani orang rumah di bilik bersalin. Kesian kat isteri kerana pertama kali dia menahan sakit lebih 7 jam tapi bayi tetap tak boleh keluar. Akhirnya doktor gunakan vacuum dan syukur Alhamdulillah

Putera bungsu; hari ini dah 2 minggu ^_^
Jadi buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.