Alamak segan betul aku bila Remy tegur siang tadi.
Aku bagi sokongan dengan melekatkan entri ni hingga 28 Februari 2013 sampai pukul doblas tengahmalam. Tapi entri penuh ni hanya dibuka hingga malam Raya Cina. Lepas tu aku akan tinggalkan banner kat atas entri seterusnya dan
sesiapa berminat nak baca bolehlah tekan banner tu nanti yea :)

Abang Remy ni kan memulakan dunia bloggingnya pada
Sabtu, 29 Januari 2011 dan tak pernah join mana-mana GA, segmen maupun sebarang
contestpun untuk sembilan bulan pertama dia berblog. Seingat aku dua kali je dia tukar
template dan header belog dia. Dulu ijau sekarang itam.
Sembilan bulan lepas tu, haaaa pada 8 Oktober 2011 segmen pertama yang dia join -
Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca anjuran
Hasrul Hassan. Dalam bulan yang sama juga Remy menghargai sokongan pembaca dan pengikut beliau dengan membuat segmen pertama -
100 FOLLOWERS CELEBRATION !!!!!. Aku tak ikut yang ini sebab tajuknya yang aku faham hanya untuk 100 followers pertama dia sahaja :( Ahhhhh lupakan hahahahahahah
Untuk sembilan bulan kedua pula
(erkkkk macam pompuan ngandung eh iya ke?), Remy belum begitu aktif bersegmen, berGA maupun masuk contest – hanya 16 je dan dalam tempoh itu juga Remy sendiri buat 2 segmen untuk tambah pembaca dan followers blog beliau. Masa tu kan, agaknya sibuk sangat dengan '
sampling'; sebab tu dalam bulan April 2012 dia langsung tak sempat join mana-mana segmen.
Dan hanya selepas bulan Julai 2012 barulah nampak Remy serius menambah siri-siri entri beliau selain dari
sampling, jalan-jalan cari makan,
review wayang,
Wordless Wednesday selain entri-entri santai sebab dari bulan Julai 2012 hingga hari ini, tidak kurang dari 55 segmen dia masuk. Akupun tak dapat nak kejar tuuuuu.....
Tapikan, selain berjaya kalahkan aku dalam menambah bilangan pembaca dan followers; hadiah pun banyak jugak dia dapat. Aku suka dua hadiah yang dia terima masa bulan Oktober 2012:
 | |  |
(Tekan gambar kalau nak baca ceritanya)
Ish, dah merapu la pulak aku nih. Sebelum inipun sebenarnya aku ada buat
review pasal segmen Remy kat
sini; kat
sini; dan yang last tu kat
sini. Sampaikan yang last tu baguznet pun bagi reminder kat aku pasal
pesanan Remy hehehe. Aku sibuk tul masa tu.
Camanapun Remy ni masih boleh
recall address aku. Hasilnya:

.

Kalau nak tengok, marile ke
belog Remy atau tekan je gambar bawah ni:
Apapun, terima kasih yea Remy sebab rajin ingatkan kami kengkawan dan bakal kengkawan dengan anjurkan siri-siri GA.
Perjalanan kita masih jauh...