Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kemas Semula Blog Bila Blogger.com Kemaskini

EmpayarUtama - Monday, May 7, 2012 : 10 comments

Hujung April lalu selepas ada mood balik nak nengok blog; segala yang di letak kat sidebar langsung tak berfungsi. Jenuh juga cari di mana silapnya dengan kod yang ada tu. Carian Google juga tunjukkan tutorial oleh Cik Tom; Silampuneon; Ammboi; Krole-Zone; dan Padinno adalah lebih kurang kalau takpun sama saja. Hanya Asmanuratirah beri tutorial berbeza.
Macammana aku cuba pun hasilnya tetap akan keluar benda yang sama iaitu javascript:void(0);

Jadi aku tengok balik kat mana silapnya. Tiada masalah dari STEP 1 hingga STEP 3. Ikut pada contoh STEP 4 masa aku Kemas Blog Sikit haritu :

STEP 4 : Ambik kod ni letak kat PAGE ELEMENTS -> ADD A GADGET -> HTML/JAVASCRIPT:
<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('Grapevine')"> <h4>Meh Petik Anggur</h4></a></ul> <ul class="texthidden" id="Grapevine"> (Ruang ini untuk korang letak apa-apa kod yang korang nak letak) </ul>

Semua yang beri tutorial berpesan agar perkataan "keywords" tu mesti sama. Dalam contoh aku - aku ganti dengan perkataan "Grapevine" (lihat huruf berwarna merah yea). Sebelum ini; apa yang ditulis boleh diterima pakai. Bila disave, keyword itu otomatik bertukar kepada huruf kecil tetapi TIDAK kepada target id ("Grapevine" kedua).

Rumusannya, setelah blogger.com buat kemaskini - APA SAHAJA PERKATAAN YANG INGIN DIGANTI KEPADA "keywords" MESTILAH DALAM HURUF KECIL SEPENUHNYA. Jadi untuk contoh aku tu pula: "Grapevine" perlu ditukar kepada "grapevine" - kedua-duanya hendaklah dalam huruf kecil.


Abis tu, misz_eyza; dah jadi belum.....? ^_^


Rasa Malulah Pulak

EmpayarUtama - Saturday, May 5, 2012 : 15 comments

Ada orang rasa bangga tapi aku rasa malu. Dah macam dapat markah kesian masa periksa. Ok k k k... Ini cerita terakhir aku pasal BE. Betul-betul rasa malu bila daily pageview yang tak jejak 30 tiap hari tetiba dapat satu lagi BE. Mungkin betul ianya berlaku kepada siapa yang pasang iklan Nuffnang tapi tak terima banyak pageviews.
Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif Nuffnang (mungkin auto set untuk ini) tetapi penjelasan dari pihak Nuffnang tak pula begitu. Blogger yang pasang iklan melalui jaringan pengiklanan (Advertising Networks) ada dua sebab aja - satunya sebab nak tambah pendapatan tambahan dan yang kedua untuk suka-suka jangan sampai blog atau web nampak kosong. Dan aku letak kerana iyalah, dengan latarbelakang putih takde gadget mengarut-ngarut; bila pasang iklan nampakle ada sikit seri, kan?

Bila aku fikir di sebaliknya; mungkin juga pihak Nuffnang nak tolong blog-blog yang macam ni (yang macam aku ni le) sebab agaknya diorang nengok dah lama sangat earning tak bergerak-gerak. Jadi ditolongle sikit melalui iklan BE. Agaknyalah.

Tapi aku malule kalau betul itu alasan Nuffnang. Dulu sebelum blog aku ni kena padam memangle aktif main iklan sebab memang niche blog aku masa tu pasal Ad Networks, dalam Bahasa Inggeris lagi siap masuk segala bagai program - Safelists; Manualsurf; autosurf; ad exchange. Muaile dapat tapi taklah sampai boleh kaya cuma lepas sangat bayar bil api; air dan internet tiap bulan. Masa tu punyalah aktif sampai tak tau nak buat posting apa terus cilok iklan Amazon banyak-banyak letak kat entri pos. Last-last blog kena remove, baru padan muka aku hahahahah.

Tak caya? Tanyalah pengurusan ASTRO berapa diorang dapat dari jam 9.00 hingga 9.30 malam semalam bila entah berapa ramai menunggu depan TV nak nengok live akad nikah Awal dengan Scha tapi hanya disajikan dengan iklan sepanjang setengah jam tu. Kenapa iklan yang dipilih, bukan rencana? Sebab iklan buat duit, kannnnn...

Jadi buat kengkawan yang tak de lagi BE tak payah fikirlah sebab rasanya daily pageview kamu semua dah cukup untuk gerakkan earning iklan yang dipasang.

Tak gitu.....


Koleksi DOMU-KON

EmpayarUtama - Tuesday, May 1, 2012 : 9 comments

Selamat Hari Pekerja buat para pekerja yang cuti dan bekerja hari ini. Rasa macam nak buat cerita pasal koleksi tapi tak tau koleksi apa. Nanti aku ambik koleksi kertas Alya mungkin boleh jadi satu cerita kat sini.

Empat hari juga aku ambil masa baca semula semua cerita-cerita
yang aku dah pos bila nampak banyak komen-komen baru dari kengkawan. Iyalah, bukan banyakna pun bercerita. Setakat setahun setengah selepas dapat balik blog ni - cuma ada 171 cerita. 13 lagi deraf ntah bila aku nak pos tak taule.

Opps sebelum lupa - teori aku pasal Buffered Earning (BE) agak betul, sama macam yang aku cerita kat sini sebab sebulan setengah blog ni tak berusik tetiba entah bila ntah ada lagi satu BE melekat:

Tapikan; ada juga cerita yang aku tulis tu, aku sendiri rasa blur. Nasib baik komen kengkawan jadi pemberi semangat dan menyerikan balik blog aku yang aku rasa - ntahlah yea...

Meh aku kongsi satu lagi blog yang korang mesti suka sebab pada pemerhatian aku, dia ni memang minat membaca. Banyak juga cerita dia, pun santai juga. Dulu adalah sekejap dia tutup blog sampai aku nak bacapun tak dapat. Tapi sekejap je pastu dah bukak balik.


Aku sebenarnya suka baca komen-komen dia. Kalau tak paham dia terus terang je tulis tak paham. Tak caya?


Ini komen kat Cerita Kedai Kopi. Tapi dia rajin, gi jengah blog Sue Unnie.. pastu bagi komen balik kat sini.


Yang ini pula, aku letak diri aku sebagai salah seorang penonton yang ada walaupun sebenarnya akulah mangsa kedai gambar tu...


Memang dah sifat dia rajin membaca, erkkk diakan pembaca berita sambilan tak gitu? Cubalah gi tanya. Aku malulah takut salah pulokkk. Tapi kalau ikut pada apa yang ditulis; dia akan baca berulangkali sampai faham


Dan yang ini memang buat aku ketawa tiap kali aku baca balik cerita pasal Sitemap nih:


Buat pertama kali dalam sejarah aku buat tutorial dalam ruangan komen, mengarut betul ntahapahapalah aku ni kan...



Itu antaranya, banyak lagi sebenanya. Terus terang aja, aku tak pandai promot blog kengkawan tapi aku cuba hehe jangan mare aaaaa... Haaa inilah antara koleksi Domu-Kon aku. Marilah jengah blog dia baca celoteh dia pulak.

Misz_Domu - kamu antara penyeri blog aku. Terima kasih yea ^_^


Suara Hati

EmpayarUtama - Sunday, April 29, 2012 : 10 comments

Salam semua. Lama betul tak buka blog. Sampai feature blogger berubah pun tak tau. Nasib baik ler blog hidup lagi. Dan terima kasih kat Aien Alien dan misz_eyza sebab rajin baca cerita-cerita lama dan tinggalkan komen.

Sebab dah lama tak nengok blog sendiri, banyak benda nak dikemaskini
- fesbuk, nuffnang, churp-churp, alamak alamak Alexa pun lari jauh. Dari bawah empat ratus ribu jadi juta-juta haha. Sidebar pun tetiba tak berfungsi; guna Internet Explorer (IE) je boleh; siapa boleh tolong yea?
Sedih sebenarnya lihat apa yang berlaku semalam di KL. Kalau duduk diam-diam kat rumah, tunggu pilihanraya pastu undilah siapapun yang nak diundi (undikan rahsia); aku rasa itu lebih elok. Masalah seperti apa yang berlaku semalam mungkin tidak berlaku.

Bila aku dah dipilih jadi wakil dan terima hingga 5 kerja tapi selepas 4 bulan aku rasa tak mampu nak buat kesemuanya; aku tak wakilkan orang lain buat kerja-kerja tu. Aku tamatkan kontrak aku secepat mungkin sebelum lebih parah dan cuma ambil 3 jobs aja ikut kemampuan.

Kita dah pilih pemimpin jadi wakil tak kiralah pemimpin pelajar (untuk pelajar) serta pemimpin pembangkang atau pemimpin kerajaan (untuk rakyat yang mengundi). Apa yang kurang, yang perlu diperbaiki - mereka wakil kita. Bila lihat mereka tak boleh; tiap 4 tahun kita diberi mandat untuk pilih lagi. Itulah suara kita. Cukup dengan media cetak (pembangkang ada, kerajaan pun ada); laman web; blog (pembangkang, kerajaan, propembangkang, prokerajaan) semuanya ada. Tak cukup dengan itu, apa wakil yang kita pilih itu buat sepanjang 4 tahun juga boleh kita lihat. Jika ada apa-apa tuntutan, suarakan pada wakil; jika mereka tak boleh buat, kita tukarlah masa undi.

Kenapa nafikan hak rakyat yang boleh buat penilaian setiap 4 tahun sekali? Kita dah diberi hak; dahpun pilih wakil. Wakil buatlah kerja mereka di Dewan Rakyat tu. Kalau mana-mana wakil gagal, rakyat akan nilaikan nanti. Ini tidak. Pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku?

Bila wakil tak mampu buat kerja, rakyat dijadikan wakil bagi pihak mereka. Pemimpin pembangkang wakilkan rakyat yang pilih mereka sebelum ini untuk buat demo disebalik Perhimpunan Bersih kerana tak mampu buat kerja di Parlimen; kerajaan pula wakilkan rakyat yang diwakili oleh pihak polis (juga adalah pengundi pos) kerana tak mampu kawal peserta demonstrasi yang ramai tu. Dalam masa 4 tahun ini pemimpin pembangkang tak mampu betulkan apa kekurangan yang mereka rasa kerajaan perlu betulkan; dan pemimpin kerajaan pula tak mampu mengubah segalanya dalam waktu singkat kerana bertukar pemimpin.


Cuma pendekatan kedua-dua pihak ini berbeza. Pendekatan aku lagilah.....



Logik Yang Diterima Akal

EmpayarUtama - Thursday, April 12, 2012 : No comments

Walaupun perkongsian cerita tak banyak, aku memang harap belog ini akan ada hingga bila-bila. Aku cuma bercerita ikut gaya dan cara aku dan segala yang ditulis diharap bakal jadi ilmu berguna sama ada cerita itu elok atau tak elok berdasar pengalaman sendiri.

Itukan lebih baik daripada dapat cerita dari orang lain yang kita belum pasti
kesahihannya. Dan aku lebih beratkan logik akal berpandukan hukum Allah, sunnah. Kerana pada aku, akal menerima dan menganalisa segala logik hingga mampu mentafsir hukum Allah dan sunnah.

Ada yang marah bila aku kata kita kena ikut peredaran waktu dan lebihkan logik akal. Pada aku itulah hakikat yang kita kena terima.

Ambil contoh sembahyang jamak (berdasar pendapat peribadi aku) di Malaysia. Kelonggaran untuk menjamak sembahyang wujud kerana pada masa itu jarak antara satu masjid ke satu masjid (sama ada berjalan kaki atau menaiki unta - di Arab Saudi) memang ambil masa yang panjang. Kita di Malaysia, bila berjalan - pakaian penuh satu beg. Keliling rumah penuh dengan masjid; surau tak payah ceritalah. Semua airport pun ada surau. Perlu juga ke beri alasan buat jamak di Malaysia?

Ambil contoh sunnah nabi pula - dalam berpakaian. Iklim Malaysia (khatulistiwa) jauh beza dengan iklim Arab Saudi (gurun panas). Di sana suhu boleh melebihi 50°C hinggakan pasir panas secara mendadak sebaik sahaja matahari terbenam. Cara berpakaian mereka lebih untuk elak penyakit akibat perubahan mendadak suhu. Kita di Malaysia - dengan kipasnya, dengan air-condnya. Zaman dahulu di Arab Saudi bersistem barter manakala zaman sekarang di Malaysia bersimbah cat merah...

Dalam cerita Bersalah Dan Rasa Bersalah, aku bagi pendapat pasal 'khusyuk' - boleh baca kat ruang komennya.

Perkongsian untuk benda tak elokpun dibuat dalam kiasan demi jaga maruah dan nama baik. Banyak realiti kehidupan boleh kita jadikan panduan; pedoman dan aku hanya dapat berkongsi melalui belog. Kalau bukan untuk kita, untuk anak-anak, untuk generasi akan datang. Tapi ada yang tak suka...

Menjawab Soalan Cepumas Cikgu Ma

EmpayarUtama - Thursday, March 15, 2012 : 34 comments

Bila Cikgu Ma tanya "dah ada anak?" serba salah nak jawab sebab banyak cerita yang dikongsi adalah berkisar tentang kehidupan dan anak-anak. Nak tengok wajah mereka - bukak-bukakle entri-entri lama kat sitemap tu; muka diorang sepeten je ^_^

Begitu juga bila Cikgu Ma tanya "aku kerja apa?" - aku dah cerita kat Kerja atau Mengerjakan Orang. Aku ni kerja potong nenas je di tanah sekangkang kera yang ada.

Maklumlah tak berapa bijak belajar tapi itu bukan alasan untuk tak mau berjaya. Tak cemerlang belajarpun aku ada belog; kengkawan; kan, kan, kan...? Kita sambung lagi pasal kerja.

Bukan tiap hari kena potong nenas. Jadi cuba-cubalah kerja pejabat, mula dari bawah sebab kedai tu memang setingkat je. Masa tu memang bodoh piang pasal filing, print report, quotations, kira stok manual, macam-macamlah. Kena susun sendiri masa untuk belajar sistem dalam komputer, curik-curik belajar ikut fail-fail yang disusun, tengok-tengok borang berkaitan. Tak lama kerja pastu tak kerja dah. Balik potong nenas semula hahahahampagas tul. Aku tipulah.

Aku tak kerja pun. Cuma tengok-tengok akaun tiga syarikat (dulu tiga juga tapi dua aku tak sambung lepas laptop kena rembat; tinggal satu dan tahun ni dapat dua job baru) - satu packing boxes dan satu lagi agriculture (yang ni buat audit seminggu sekali je datang checking). Di salah satu syarikat tu aku juga jadi boss (ahaks terujanya kuangkuangkuangkuangajo tul haku nih) penemu duga merangkap HR.
Pun jadi PR (Promoter yang Rajin hahahah) kat bankers diorang sebab kena kendalikan pinjaman seperti Letter of Credits; Bank Guarantees; Bankers' Acceptance; Trust Receipts; serta kemudahan OD Invoice. Kadang-kadang kena outstation (obersi pun hehe) sebab nak dapat indent kertas paling murah.

Dulu satu lappy je, mana tau rezeki sebab kena curi sekarang ada 4. Kalau yang curik pc aku tu baca cerita ni, jangan curi lagi aku punya tau. Curik orang lain punya pulak, moga-moga Allah permudahkan doa mereka yang teraniaya rezekinya mencurah-curah. Eh, eh sambung balik aaa.

Ada lagi - pun part time dengan 2 syarikat lain - satu pengeksport minyak masak dan satu lagi pemproses tong dram terpakai (recon drum). Tapi yang ini kena berbaik-baik dengan Jabatan Alam Sekitar, Kesihatan, Kastam serta Malaysian Palm Oil Board (MPOB). Tengok dateline; tax exemptions berupdate serta piawaian dipatuhi kerana diorang ni main dengan asid. Jangan main-main wooooo.....
Berapa ramai orang kena simbah asid sekarang ni.

Kadang-kadang tu kan (kadang-kadang happa, selalu sangat) kena men golf sampai dua tiga hari berturut masa habis kat padang golf. Balik penat tak dapat nak bertenet hahahahahahah betul-betul penat seyyyy. Pasal golf ni nantilah senang-senang aku buat satu cerita lain.

Haaa, sibukkan kerja aku? Tapi semua job tu part-time aja, takdenya lapan jam tiap hari. Ambik gaji bulan bukan jadi ejen 007 tau. Mungkin korang semua dapat faham kerja aku sekarang dan kenapa aku kurang sangat online. Jadi, kalau ada antara kengkawan yang belum kerja, nak kerja - jangan buat kerja internet (affiliate, MLM atau yang sewaktu dengannya). Carilah kerja sebenar dan memang aku harap sangat cerita dan pengalaman aku ni jadi pendorong dan semangat buat korang. Dapat nanti, kerja rajin-rajin tau senang naik gaji. ^_^

Untuk soalan terakhir Cikgu Ma tanya "sekolah mana dulu?" - jawapan aku "If we go too far into the past we cannot live with our neighbours" atau dalam Melayunya "Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita" - Ini antara petikan surat kedua Tun Mahathir kepada Benyamin Netanyahu. Ikut pemahaman aku, maksud sebenarnya begini: "Jika kita terlalu mengimbau kisah kisah silam, sukar untuk kita bersama sama maju/bergerak ke hadapan". Kengkawan semua jangan ambik hati yea. Tak semua benda boleh aku kongsikan. Aku rasa berat nak reveal masa silam yang agak jauh tu.....

Amacam 'resume' aku, ok tak? ^_^



Maafkan Aku

EmpayarUtama - Saturday, March 10, 2012 : 35 comments

Pertama sekali kepada Cikgu Ma dan yang lain kerana belum dapat bercerita tentang soalan-soalan 'panas' untuk aku jawab. Agak panjang derafnya dan aku perlu ringkaskan lagi. Aku juga memberi laluan kepada beberapa cerita (masuk yang ini dah empat cerita aku lepaskan dulu) yang aku fikir lebih sesuai dengan keadaan semasa.
Keduanya kepada semua kengkawan yang sudi letak belog aku dalam bloglist kamu semua tetapi aku pula seperti tidak menghargainya. Memang terharu bila menjengah belog korang - nampak Avatar dan nama EmpayarUtama dalam senarai bloglist korang. Agak serba salah kerana aku terima semua kengkawan maya sebagai kawan sama ada yang 'suka aku' maupun yang 'benci aku'. Apa yang termampu aku buat ialah dengan mempromosi belog-belog kamu bila bercerita. Selebihnya aku menyenaraikan kesemua pengunjung yang memberi komen atau pandangan tak peduli sama ada link masih hidup atau tidak - hanya disusun mengikut jumlah komen dan pandangan yang diterima.


(Ini sebahagian...) Semoga tiada yang berkecil hati.

Ketiganya, buat akak (kak mah); shida dan baguznet (boleh sama pula diorang ni ada letak tajuk CERITA) yang menegur ruang sembang aku yang macam dah tak berfungsi.

Tahun lepas memang agak aktiflah bersembang kat shoutbox tapi
tahun ni aku cuba jugalah. Selain itu aku gunakan kotak jerit tu sebagai rujukan kepada kengkawan yang singgah taknak komen tapi tinggalkan jejak untuk aku ziarah kembali belog / website mereka. Lepas satu hari berfikir, betul juga daripada biarkan tapi tak diguna untuk bersembang... Aku buat keputusan untuk simpan saja shoutbox tu.

Keempat; kesan dari hilangnya kotak jerit, aku susah sikit nak menjejak kengkawan yang datang ziarah - kecuali jika memberi komen atau pandangan dalam cerita-cerita aku.

Kepada mereka yang kurang faham tentang Buffered Earning (BE), dan yang letak iklan Nuff dan mengharap untuk dapat Buffered Earning (BE) - apa yang aku boleh rumuskan adalah: BE agak mudah diberi kepada belog yang sangat kurang daily pageview dan kurang entri (rugilah untuk yang rajin update dan rajin berblogwalking) di samping Click-Through ratio (CTR) produk iklan yang dianggap munasabah. Dalam kes aku, CTR untuk kempen iklan Maxis sebelum ini ialah 5.56%. Yang lain-lain tu (survey, tiket, buat entri pasal Nuff) tak ada kena mengena pun.

Maafkan aku yea...


Tips Mengarut Nak Dapat BE, Tak Tipu Ler

EmpayarUtama - Friday, March 9, 2012 : 22 comments

Hahahahahahahah. Gelak besar aku bila tengok ada BE dalam Nuffnang. Jap jap nak gelak lagi khahkhahkhahkhohkohkohuhukuhuk hak tui. Musim selsema ni gelak terbatuk-batuk la pulak.

Bukan apa, sebelum sebelum ni aku banyak baca pasal tips nak dapat BE. Daripada yang agak mengarut sampai
le yang paling mengarut. Entah betul ke tidak, tak taule. Kena bermanja-manja dengan Nuffnangla; trafik kena tinggila; kena rajin update surveyla; rajin hantar tiketla (aku rajin beli tiket wayang je); dan macam-macam tips bagai.

Iklan jap; kredit buat digik.net untuk gambar atas.

Ada juga yang buat entri konon nak kongsi camana boleh senang dapat BE tapi bila baca hek ellllehhhhh takde pun cerita camana nak dapat BE tu. Cuma eksyen je lebih siap tunjuk dah ada 7-8 BE. Ntahapahapalah. Takat ni aku cuma jumpa satu entri yang tulis nak BE tak perlu trafik tinggi pun boleh dapat bah.

Pasal aku cerita ni? Saja je, sebaaaaaaaaab :-

1. Aku tak rajin buat entri.

2. Pageview aku hahahah malu la nak cakap. Dua minggu sekali kot baru lepas seratus. Selalunya tak jejakpun tujuh ploh tiap ari.

3. Sekali je aku update survey, itu pun kebetulan sebab tambah belog omputih aku (dulu letak Advetlet).

4. Sepanjang join Nuffnang, ada la dua kali anta tiket (ada buat entri kot pasal tiket-tiket tu) itupun sebab tak pueh ati pasal mende ntah.

5. Minggu lepas tak update entri dekat dua minggu, dan langsung tak online sebelas hari.

6. Lama tak bukak akaun Nuffnang tu.

7. Entah...

Iklannya macam kat belah kanan atas ni ha. Ntah ada lagi ke idak kat sidebar kanan, tak perasanle dah berapa lama melekat sebab aku memang tak tau. Ala buat kita syok je, bukan buleh kaya pun.


Nak eksyen juga biarpun satu BE hahahah...



Jadi - renung-renungkan, dan selamat beramal ^_^



Satu Lagi Catatan Dalam Malaysia Book Of Records

EmpayarUtama - Wednesday, March 7, 2012 : 19 comments

Setakat aku hidup tak pernah lagi nampak atau dengar kat mana-mana negeri; Exco lebih berkuasa dari Menteri Besar. Dah panggil entah belum panel Malaysia Book Of Records untuk direkodkan.

Enam tahun jugalah aku belajar kat Kedah tu segala-galanya ok. Aku je yang tak ok sebab terjal sangat. Suka mencuba perkara yang dilarang pihak
sekolah - ponteng kelas; menyelinap ikut pagar belakang asrama; jadi 'pusher'; tiap hari mengadap pengetua; kena rotan; kena tidur atas jalan; gantung sekolah; ish macam-macamlah.

Rindu pulak kat zaman sekolah dulu-dulu. Kalau aku berminat jadi cikgu dan kena mengajar kat asrama, takde can bebudak sekolah nak sorok barang-barang terlarang gamaknya. Nasib baik tak jadi cikgu hehe.

Tapi bila pengakuan cikgu yang menyebabkan kematian sorang murid (Allahyarham adik Saiful Syazani); alamak alamak kat Kedah jugak cerita ni rupanya erkkkkkkk..... Gamis tak nak ulas apa-apa ke? Eh, Gamis dah jadi sejarah rupanya. Banyak link yang dah tak hidup. Patutla senyap je.

Zaman aku sekolah dulu ada subjek Sejarah dan Geografi tapi ramai pertikaikan Hikayat Hang Tuah (Hang Tuah cakap dalam hatipun Tun Sri Lanang boleh tau; Hang Tuah pergi Indonesia, China, daki Gunung Ledang pun dia ikut - habis semua cerita dalam kelambu dia tau) dan Tsunami, perang serta politik dah tukar bentuk muka bumi; sekarang dua subjek ni dah tak relevan kot.

Tapi kita ada Guinness World Records dan dah ada pun Malaysia Book Of Records. Kandungannya lebih kepada fakta dan sejarah jadi mungkin akan ada cadangan untuk jadikan buku-buku ni sebagai subjek hehe...



Memang Lupa

EmpayarUtama - Tuesday, March 6, 2012 : 8 comments

Haishhhh camanala aku ni dah tua sangat kot. Dah lepas satu hari dah ni tapi sempena Bulan Mac 2012 tahun Naga Air aku pun nak ucapkan Selamat Harijadi kat semua yang berbintang Pisces especially kat aiEz dan ❤MaYa MustWany❤ (yang lain-lain aku tak ingatle) ^_^.

Kepada yang tak lahir bulan Mac aku ucapkan selamat Hari Raya yeay...

Ni birthday card dari Ratu Satin semalam; baru bukak fesbuk satu jam tadi hahahah




Makasih banyak yea dik, aku betul-betul lupa...





Hilang? Kencing Yea...

EmpayarUtama - Sunday, March 4, 2012 : 16 comments

Lebih sepuluh hari hilang. Penat seyy. Last aku online rasanya sebelum subuh 23 Feb selepas singgah kat belog Kakzakie. Harap Kakzakie baca apa yang aku tulis untuk kebaikan generasi akan datang.

Sebenarnya aku ditugaskan oleh Hazrey menghantar bunga ke Sherwood Oak Community Hospital, Los Angeles untuk @NicoleDear_ a.k.a
Fida Aishah a.k.a Siti Rufida sebab dia sibuk berurusan dengan tiket hotel sempena TwtupJohor (dah habis dahpun semalam).

Abang Crayon (ala, admin Busuk tuuuuu) pun pesan sampaikan salam dia - tu yang aku tak de kat Malaysia banyak hari gak.

Gambar-gambar ni rembat kat gugel; tapi bukan jenis cam ni kalau nak hantar kat orang sakit. Ni bunga untuk takziah kematian je.

Ni masa tengah membebel kat Otromen yang rosakkan bangunan lepas dia bertarung ngan resaksa. Banyak belanja nak buat balik bangunan tu, siap je resaksa datang balik. Rosak lagi... aduiiii...

Hahah aku tipu. Takkan camtu sekali diorang nak sponsor sampai California. Tapi korang jengah le link-link yang aku bagi kat atas mana tau korang pun familiar dengan isi kandungannya :).

Aku hilang pasal kerja. Outstation ikut boss ke printing exhibition tapi aku tak mo cerita kat sini sebab kalau boleh tak naklah campuradukkan belog ni dengan cerita oversea trips bagai aku. Dahla belog rojak takkan nak terlebih sangat kuah rojaknya.

Cuma nak tulis yang aku dah selamat balik, sakit gigi sikit sebab cuaca agak sejuk kat sana. Entri terakhir aku tak de respon pun dari pihak sekolah biarpun aku dah tanya kat emel; fesbuk dan belog rasmi sekolah. Anak aku yang darjah dua tu kata "Ustaz pesan tak payah beli buku lain, boleh pakai buku yang ada". Oklah cuma macam tergantung juga sebab tahun depan nanti takut lain pulak ceritanya. Nantilah senang-senang aku mengadap Guru Besar. Lepas ni aku nak jawab soalan Cikgu Ma pulak. Dah dulu, makin sakit gigi aku...


Salahkah Aku Bertanya

EmpayarUtama - Monday, February 20, 2012 : 23 comments

Masa aku bercerita pasal Cabaran Bermula, Ada Berani? dulu, ada aku sebut pasal ke Pejabat Pendidikan Agama untuk melengkapkan buku sekolah agama. Buku-buku tu adalah buku aktiviti yang pertama kali diperkenalkan di sekolah agama pada tahun ini. Pejabat Pendidikan Agama di Larkin itu pula merupakan setor stok buku sebelum diagihkan ke sekolah-sekolah agama.

Kesimpulannya sekolah agama manapun dalam Daerah Johor Bahru (setakat yang aku tahu) akan guna buku aktiviti yang sama jadi tak salahlah jika aku beli dulu - terus dari Pejabat Pendidikan Agama. Dan ini antaranya yang ada di rumah:


Antara buku aktiviti Darjah Tiga dan Darjah Lima


Atas kiri kaler pink - antara buku aktiviti Darjah Dua yang dibeli melalui Pejabat Pendidikan Agama.
Kanan atas pulak?

Entah kenapa Sekolah Agama yang ini, yang berada di tengah-tengah daerah Johor Bahru menggunakan buku aktiviti yang sama didatangkan dari Pejabat Pendidikan Agama bagi Darjah Tiga dan Darjah Lima tetapi menggunakan buku aktiviti lain pula untuk Darjah Dua. Aku hanya boleh tunjukkan 3 kelas darjah ini saja kerana hanya inilah buku-buku yang aku beli pada bulan Disember 2011 dulu. Dan pertukaran buku aktiviti ini baru saja aku tahu selepas sebulan setengah kelas agama bermula. Kenapa begini?

Aku harap akan dapat jawapan terbaik untuk persoalan ini kerana perkara ini akan berlanjutan untuk tahun-tahun akan datang. Takkan
ibubapa perlu menjadi mangsa pertukaran buku aktiviti yang tidak dimaklumkan kerana pastinya tahun hadapan aku tak akan membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 1, Darjah 3, Darjah 4 dan Darjah 6. Aku juga rasa tidak perlu membeli 2 set buku aktiviti yang berbeza untuk Darjah 2, Darjah 4 dan Darjah 5 pada tahun 2014...

Remeh-temehkah hal ini. Aku cuma nakkan kepastian...




Jujur... Aku Dayus

EmpayarUtama - Sunday, February 19, 2012 : 24 comments

Baru habis tengok Cerekarama TV3 - Jujur...Aku Dayus. Kisah tentang percintaan, masalah rumahtangga dan pergolakan yang dicipta sendiri oleh manusia.

Aku pilih tajuk tu sebagai penutup bahagian ketiga versi Jujurlah Padaku ok aaa... Dan aku harap sangat kepada semua yang baca cerita-cerita aku dapat terima seadanya apa yang nak aku kongsikan.

Aku memang tak pandai mengolah cerita cintan-cintun; berbunga-bunga; berkias-kias. Cuma kengkadang cara aku bercerita mungkin disalah tafsir; dan kalau ada sampai memalukan antara kengkawan - aku mintak maaf. Sebagai manusia biasa aku tak lari dari buat silap.

Perasan juga bila bertandang ke blog kengkawan; belog rojak aku ni dijengah juga. Jadi aku buat macam biasa baca entri kat sana, bagitau yang aku tak ambik hatipun tapi sampai sudah senyap sunyi macam marah sangat kat aku. Sudahnya aku cuba untuk tidak pomot link kengkawan lagi; bukan balas dendam tapi tak berani lah. Aku rasa malu kat diri sendiri.

Meh kita imbas balik

Bahagian pertama - aku cerita pasal apa yea aku pun tak ingat; jap aku tengok balik. Oh iya; pasal jujur menulis bukan untuk kepentingan sendiri; biarlah betul-betul nak berkongsi ilmu.

Bahagian kedua cerita tentang jujur dengan apa yang nak kita sampaikan jangan sampai timbul macam-macam prasangka lebih-lebih lagi kepada pihak ketiga.

Ermmm, satu lagi aku pun tak berani lagi tunjukkan gambar-gambar; aku ambik kat gugel je itu pun cari yang hitam putih. Kalau dah tak de sangat - aku letak gambar katun. Teknologi yang ada semakin mudahkan orang ambil kesempatan selalunya kat gambar perempuan. Ni ha contoh aku pinjam dari anarm :

Oleh itu - makcik-makcik; akak-akak; adik-adik; anak-anak gadis (termasukle anak-anak aku hehe) kalau terbaca belog aku ni beringatlah. Mereka ni tak memilih mangsa. Gambar-gambar korang terus aja dimuat turun dalam beberapa belog dan web (kat fesbuk pun ada) dengan tajuk-tajuk yang buat lelaki tak senang duduk; boleh berlama-lama lagi kat sana. Pengunjung memang ramai giler siap ada video klip gitu... Sori aku tak boleh bagi link tak naklah pomot benda tak sihat.

Kepada insan bergelar lelaki - termasuklah aku; harap jangan jadi lelaki dayus (dalam apa juga perkara).

Abis dah...



Jujurlah Padaku... Part II

EmpayarUtama - Thursday, February 16, 2012 : 15 comments

Hehe ada sambungan ke? Aku tengah belajar buat entri pendek-pendek. Selalunya cerita aku panjang berjela korangpun malas nak baca. Aku tengah cubalah ni. Asalnya memang panjang kenalah pecah 3; eh ada Part III ke? Ada kot...

Kali ni ala-ala politik - maklumla PRU dah dekat; ujung tahun ni rasanya.
Malam tadi ingat nak update belog, member panggil minum pulak. Nak tolak kang kecik hati tapi bila layan minum sampai ke pagi sudahnya pc aku hang sebab lupa nak tutup. Masa dok minum kopi, sorang member yang macam minat ngan politik kata "... sekarang tak boleh nampak apa-apa. Tulislah apa pun, buatlah macam mana pun, segalanya akan ditentukan dan nampak jelas bila sebulan je lagi nak pilihanraya." Entahlah aku tak minat politik, ikut gitu-gitu je.

Taaaaapi kan, banyak belog kengkawan yang mirip-mirip politik suka buat cerita samar-samar (senang cakap belum sahih) atas alasan sekadar bagi laporan untuk pengetahuan sahaja. Tapi bila dah publish entri, mendesak-desak pula yang ditohmah supaya buktikan tohmahan tu tak betul... Dan komen-komen yang diperoleh bercampur baur - sokong dan tak sokong; setuju tak setuju sangatlah; siap bergaduh-gaduh dalam belog hanya kerana baca cerita yang belum pasti.


Ini imej masa aku mimpi
Miss Sikit Jadi Top 10 Terkaya Di Malaysia
nasib tak pemes, kalu tak mesti ada yang suruh buktikan ^_^

Bila sumber sebenar mohon maaf kerana bagi berita tak betul; belog-belog kengkawan ni buat bodo je... Kan lebih bagus kalau awal-awal takyah pos dulu cerita yang samar-samar tu. Atau.... dalam politik memang kena buat macam ni ke?...



Layan lagilah lagu "Jujur" kat youtube ^_^





Jujurlah Padaku...

EmpayarUtama - Monday, February 13, 2012 : 25 comments

Ceh tajuk macam mengayat awek der. Tajuk tu ditujukan pada diri sendiri bukan apa pun.

Masuk je 12.2.12 semalam aku bukak innit dan ternampak satu tajuk entri seo menarik. Masa tu baru saja dipos pukul 12.11 tengahmalam kira segar dari ladanglah.
Aku tak nak jadi anon, terus bagi pandangan ikhlas pasal 3-4 pop up iklan yang mengganggu bila tekan apa saja link yang ada kat situ. Aku kata itulah sekali kot aku datang belog dia. Takdelah tulis yang tak elok cuma tulis tips tu bagus untuk mereka yang cari duit jika beriklan dan berdasar pada belog aku - aku tak mengejar trafik tapi suka berkongsi pandangan; suka orang datang baca apa yang aku ceritakan. Aku taknak orang cuma klik 2-3 saat pastu terus cabut tak mo baca dan kongsi pandangan mereka... Itu komen pertama untuk entri tu tapi bila aku jengah balik tiga jam pastu... komen aku kena delete seyyyy... sedih tul.


Tapi itu belog dia suka hati dialah nak buang ke tak; kan?


Entah tetiba je aku boleh layan lagu kat youtube hahahahahampagas tul...


Sitemap - Cara Mudah Cari Apa Yang Korang Nak Cari

EmpayarUtama - Saturday, February 11, 2012 : 25 comments

Sori bebanyak tak dapat luangkan masa berblogwalking. Lepas balik dari menebas kat kampung aritu badan aku kena gatal-gatal. Tu pun sebab jenuh menunggu jadi aku kongsikan tiket Hantu Dalam Botol Kicap pejabat tanah. Dah tu cabut gi klinik - aku ni alahan dengan lalang... Ni pun tengah sedap menggaru nih.
Ok, pasal sitemap - Aku tak pasti sama ada sitemap yang aku letak kat atas tu ada kena mengena tak dengan sitemap untuk carian search engines – Google, Yahoo atau Bing (aku rasa macam tak ada kena mengena langsunglah) sebab sitemap yang ini (dan yang ramai kengkawan dah buat) adalah dalam bentuk html (html tu ada link bila kita klik akan keluar page yang korang tekan tu); sedangkan webmaster tool tak terima pun sitemap dalam bentuk html.

Tapikan, bila aku taip 'empayarutama' kat google search; keluar macam ni (snapshot ni dah 6-7 hari lepas kot):

... macam dah terindex aja. Jadi aku rasa tak payah hantarlah. Aku cuma rumuskan ada dua jenis sitemap:

1. Sitemap yang kita biasa letak dalam belog (ala, macam yang aku letak tu lah, nampak tak… Erkkk hehe baru je letak ^_^) hanya untuk mudahkan sesiapa yang datang terus cari tajuk apa nak dibaca. Benda ni lebih kurang je macam fungsi labels/kategori/keyword kat sidebar cuma bila letak label dan klik mana-mana keyword – akan muntah segala artikel yang ada keywords tu; kira tak spesifiklah.

Dulu ada dua script aku jumpa tapi dua-dua dah tak leh pakai. Aku guna yang lain boleh tengok kat sini ya.

Contoh sitemap yang ini ada kat Menu Bar atas tu; aku letak tajuk SiteMap.

2. Sitemap untuk tujuan search engines yang terpaksa merangkak eh, ‘crawl’ segala kandungan web atau blog kita supaya mudah untuk ianya terindex pada masa akan datang (bila masa akan datang tu aku tak tau – aku lom kerja ngan google)

Untuk yang ini cuba korang google 'sitemap'; 'pentingnya sitemap'; atau apa-apalah berkaitan dengan sitemap. Untuk hantar sitemap, biasanya belog kena verify dulu kot. Aku tak tau le sebab akunyer memang dah verified tapi sitemap tak hantar pun lagi. Sesapa nak cuba tanpa verify pun boleh try apa… Jadi ke tak jadi belakang kira.

Contoh sitemap yang ini memang tak ada. Yang keluar ialah macam paparan index yang aku tunjuk tadi.


Jadi aku tak mo potong trip mereka yang dah siap terindex sama ada dalam nombor 1 atau nombor 2. Kalau nak tutorial atau penerangan lanjut kena gugel sendiriklah yea ^_^; nak gi makan ubat ni. Aku saja je nak cerita...